Tip Elak Soket Elektrik Dari ‘Overheating’ Atau Mudah Terbakar
Penggunaan alatan atau perkakas eletrik di rumah sudah menjadi perkara biasa dalam melakukan rutin harian, dari televisyen, lampu, mesin basuh, peti sejuk, mahu pun pengering rambut, kita pasti memerlukan plug yang banyak di rumah supaya setiap perkakas atau alatan tersebut boleh digunakan.
Bila mana tidak mempunyai cukup plug, tatkala ramai ahli keluarga yang pulang ke rumah, dan perlu mengecas telefon, atau menggunakan komputer riba, kita akan menggunakan soket ‘extension’ untuk memastikan semua orang dapat menggunakan barang mereka.
Setiap Soket Ada Limit Kuasa Tersendiri
Namun, tahukah anda, setiap soket ‘extension’ mempunyai limit kuasa yang tersendiri, dan jika tersalah guna, akan berlaku litar pintas, dan menyebabkan kebakaran. Untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku, saudara Abe Jaq kongsikan langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan oleh kita semua.
Mari kita ikuti perkongsiannya.
Kisah teladan dryer baju saya
Al kisah begini ceritanya… Saya sedang basuh tangan dekat sinki dapur, tiba-tiba bau hangit semacam je..dengan menggunakan deria bau saya ini, saya cuba mengesan apakah misteri di sebalik bau ini? Macam scanner gitu..haha
Akhirnya jumpa, soket dan plug dryer baju di rumah yang sudah terbakar. Plug tu dah melekat dekat soket dan amat susah untuk di keluarkan.. Oh ye sebelum terlupa, sebenarnya ianya adalah soket extension, bukan soket yang di dinding tu. Sebab soket di dinding sudah rosak kedua-duanya sebelum kejadian ini. Sebab tu saya gunakan extension. hehe
Foto: Abe Jaq
Cerita sebelum ini, saya berasa agak pelik kenapa tiba-tiba kedua-dua soket di dinding yang saya gunakan untuk mesin basuh dan dryer rosak secara berturut-turut. Tapi saya buat tak tahu je sebab baju berlambak-lambak nak kena basuh dan keringkan. Jadi masa tu teringat ada extension, saya pun guna jela extension tu sampailah kejadian ini berlaku, Nasib baik tiada api yang keluar… alhamdulillah
Bila buat siasatan sebagai seorang yang amatur dalam elektrikal, saya simpulkan tindakan-tidakan yang patut di ambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
Ianya mungkin tidak tepat 100% secara teknikal, tetapi setidak-tidaknya anda telah melakukan pencegahan lebih awal :
1. Jangan sesekali menggunakan extension untuk penggunaan dryer baju. Extension tidak sesuai untuk bebanan yang tinggi
2. Elakkan gunakan double socket untuk kegunaan dryer dan mesin basuh secara serentak. Jika anda menggunakan dryer dan mesin basuh secara serentak, lama kelamaan akan overheating dan menyebabkan socket rosak dan ada kemungkinan terbakar seperti extension jugak.
3. Saya sarankan gunakan single socket untuk dryer sahaja. Jika anda masih menggunakan double socket jugak, pastikan anda hanya gunakan satu sahaja pada satu masa. Elakkan penggunaan mesin basuh dan dryer secara serentak.
4. Sistem pendaiwaian di rumah. Saya sarankan untuk lebih selamat, semasa mula-mula anda membuat pedawaian dirumah, pastikan soket untuk kegunaan dryer menggunakan saiz wayar yang lebih besar/tebal. Sepertimana pendawaian air cond di rumah. Ianya lebih selamat walaupun secara teknikal ianya agak membazir.
Sekarang saya sudah tukar soket baru dan hanya menggunakan satu sahaja pada satu-satu masa. Bergilir-gilir antara mesin basuh dan dryer baju. Soket sebelah lagi saya tak tukar pun, biar jela kat situ..Nak buat pendawaian baru untuk dryer sahaja, ongkosnya tiada.. hahaha
Sekian, semoga ambil iktibar.
Double Socket : saya guna sebelah untuk mesin basuh dan sebelah untuk dryer
Walaupun ianya diberi contoh kepada penggunaan mesin basuh dan juga dryer, namun alatan elektrik yang lain juga turut sama memberi kesan kalau digunakan dengan salah.
Jika menggunakan soket extension, pastikan anda tidak terlalu membebankannya dengan penggunaan yang banyak pada satu-satu masa.
Leave a Reply