Resepi Kek Cheese Lemak Manis Disukai Ramai Hitam Bukan Sebarang Hitam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Kek Cheese Lemak Manis Disukai Ramai Hitam Bukan Sebarang Hitam

Setiap kali ke kafe hipster, burnt cheesecake menjadi antara menu mesti ada setiap kali cafe-hopping. Namun, bila tengok harga, mesti fikir berkali-kali untuk memesannya.

Apa kata cuba pula buat sendiri pula, bahannya mudah didapati, caranya pun ringkas saja, seperti dikongsikan Puan Siti Zalikha. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 150gram gula halus
  • 15gram tepung gandum (Ayakkan dulu)
  • 500gram cream cheese
  • 250gram whipping cream

Cara-cara:

Panaskan dahulu oven dlm suhu 200°c selama 10 minit.

Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.

Masukkan telur satu demi satu. Mixkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mixkan sebati.

Masukkan whipping cream kacau2kan dengan spatula. Dah rata. Masukkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 200°c selama 1jam. Bila kek dah sejuk baru potong.

Sumber: Puan Siti Zalikha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*