Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

Pernah rasa tak kek yang satu ini? Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya, cair dimulut katanya. Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya. Boleh cuba buatnya ikut resipi ini.

BAHAN A :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan koko
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu pekat

BAHAN B :

  • 3 biji telur (A)

BAHAN C :

  • 1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheese :

  • 250gm cream cheese*
  • 60gm gula castur*
  • 25 gm tepung gandum*
  • 25 gm susu segar*
  • 1 biji telur

Cara membuat Kek Kukus Coklat Cheese:

Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.

Pukul bahan B sampai kembang dan gebu kemudian masukkan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C . Kacau hingga sebati.

Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian, diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.

Setelah itu,tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya.. kukus hingga masak.

Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.

Loyang hendaklah disapu majerin dan dialas kertas minyak.

CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :

Pukul semua yang bertanda kecuali telur sampai gebu dan masukkan telur kemudian pukul lagi sampai sebati siap leh la dikukus semuanya. Best sangat rasa lembut jaaa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*