Tak Karat Bajet Pun Murah Ini Kaedah Buat Sangkar Kucing Guna PVC

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tak Karat Bajet Pun Murah Ini Kaedah Buat Sangkar Kucing Guna PVC

Bagi yang pelihara kucing, sangkar ini wajib ada. Di pasaran harganya boleh cecah RM300 untuk yang tiga tingkat.

Tapi kalau bajet tak cukup boleh guna idea ini. Pakai paip PVC macam yang dilakukan oleh Jay Jusin Full.

Berbaloi sebab sangkar kucing besar dan tahan karat. 2 hari bekerja keras siap jugak sangkar kucing DIY. Guna PVC saja supaya boleh tahan lama tak karat.

Selalu beli sangkar mahal kejap jer reput karat semua kena air. Buat diy senang, murah pun murah, besar pun besar.

Budget dalam RM130 tak sampai. Dapat besar ni. Lantai saya tak buat sebab senang nak cuci.

Barang yang diperlukan

  • Fitting T Rm 0.90 x 28 pcs = RM 25.20
  • fitting L Rm 0.50 x 14 pcs = Rm 7.00
  • Pvc pipe Rm 1.60 sebatang x24 pcs= Rm 38.40
  • Cable tie =Rm 7.00
  • Gergaji potong pvc =RM 1.80
  • Engsel pintu Rm 0.90 x 2 = Rm1.80
  • Jaring semeter rm9.20 x 5m = Rm 46

TOTAL = RM 120.20

Cara buat:

1. Sambung kan PVC tapi sebelum tu kenalah ada idea macam mana bentuknya. Boleh rujuk sangkar yang ada di pasaran.

2. Dah siap rangka

3. Buat para untuk kucing tidur dan duduk

4. Pasang jaring bahagian luar

5. Jangan lupa buat pintu

Dah siap sangkar kucing yang confirm tak berkarat!

Sumber: Jay Jusin Full














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*