Peminat Makanan Pedas Ini Cara Buat Sambal Tumbuk Berapi Padu

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Peminat Makanan Pedas Ini Cara Buat Sambal Tumbuk Berapi Padu

Kadang kala apabila makan diluar selera sambal tidak kena dengan tekak kita, ada tu terlalu pedas dan masin. Memang tak ngam lah kalau yang jenis tak suka sambal masin sangat. Jadi lebih mudah jika kita pandai buat sendiri sambal tu dirumah.

Andai ada sambal, cukuplah sekadar menambah telur goreng atau ikan goreng bersama hidangan sayur. Jom cuba resipi Sambal Tumbuk Berapi ni. Memang padu!

SAMBAL TUMBUK BERAPI

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Cili api
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Asam keping
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu halus.

2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.

3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga betul-betul garing.

4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan masak sambal hingga betul-betul kering.

5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas.

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber: Aisha Shukor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*