Bihun Goreng Tomyam Ini Resepi Masak 15 Minit Sudah Siap

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Bihun Goreng Tomyam Ini Resepi Masak 15 Minit Sudah Siap

Hidangan mudah disediakan untuk makan malam, sangat mudah dan senang. Tak perlu masa yang panjang untuk memasak, mak-mak cepat jer nak buat! Selamat mencuba…

Rasa tomyam dengan udang serasi bersama bihun yang lembut sedap. Sangat cepat hanya 15 minit diperlukan siap masak.

BAHAN-BAHAN:

  • Sebungkus bihun.
  • 5 biji bawang merah (cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 batang serai (dititik biasa dia!)
  • Udang geragau segenggam-cuci bersih
  • Udang segar
  • 2 sudu pes thai tom yam
  • Lobak merah-dihiris
  • Sayur sawi

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.

INFO:

Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.

Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

Jika anda suka dengan resipi bihun goreng tomyam ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Zuraida Zu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*