Tahan 2 Minggu Jimat Guna Bawang Kisar Kasar Dengan Bahan Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tahan 2 Minggu Jimat Guna Bawang Kisar Kasar Dengan Bahan Ini

Harga bawang semakin mahal ni, memang kena berjimat dalam menggunakannya. Terutamanya jika mak-mak jenis yang selalu masak, masak hari-hari di rumah boleh ikut cara yang dikongsikan ini.

Boleh kawal banyak mana nak guna bawang yang diperlukan, malah memudahkan dan menjimatkan masa memasak. Jadi tak perlulah nak kupas kulit bawang hari-hari, kisar je semua dengan minyak, boleh tahan 2 minggu dan tak mudah rosak mahupun berkulat.

Berikut perkongsian tip daripada Puan Nur Farhanaa Noordin sebagai panduan.

“Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.”

Bahan Diperlukan:

  • 3 labu bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • minyak masak agak-agak

Cara Membuat:

Kisar kasar bawang putih dan bawang besar dengan minyak masak.

Info Ekstra!

Boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup. Campur minyak sampai bawang tenggelam. Agak-agak blender tu boleh pusing. Kalau tak boleh pusing tambah air sikit-sikit.

Bila nak guna bawang waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepas tu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.

Cara begini jimat bekas dan ruang boleh tahan 2 minggu setakat ni.

Zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan. Kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.

Semoga perkongsian tip dapur ini bermanfaat. Bila buat macam ni, bolehlah berjimat sebab kita boleh kawal banyak mana guna bawang yang di perlukan dan paling penting memudahkan waktu memasak.

Sumber: Nur Farhanaa Noordin














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*