Wanita Kongsi Cara Mengusir Semut, Spray DIY Ni Memang Berkesan Untuk Tempoh Lama

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Wanita Kongsi Cara Mengusir Semut, Spray DIY Ni Memang Berkesan Untuk Tempoh Lama

Kebiasaannya emak-emak memang boleh stres kalau rumah banyak semut ni, pantang ada minuman manis atau makanan tumpah, pasti berduyun semut akan datang.

Ada anak kecil tahu-tahu aje la, memang ada saja makanan die yang tumpah. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pun semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tidur.

Kebetulan rumah memang dekat juga dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pun, semut tetap juga masuk. Kekadang masuk dari rekahan-rekahan kecik kat dinding-dinding, kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.

Ada yang kata tak boleh bvnuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yang tak boleh tu kalau kita sengaja bvnuh atau pergi bakar sarang semut yg tiada kena mengena dengan kita.

Tapi dibolehkan bvnuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah atau hasilnya terjejas.

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racvn serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racvn serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut tak m4ti pula.

Spray serai wangi pun tak berkesan. Sebelum ni pernah guna beberapa petua mengusir semut, tapi semuanya mengecewakan. Yerlah bukan semua petua mengusir semut tu sesuai dengan species semut yang berbeza kan.

Huhu.. Yela, petua tu dah terang-terang nak mengusir semut je bukan membvnuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak. Dah tu semut makin banyak.

Cara mengusir semut agar tidak datang lagi.

Saya gunakan spray serbaguna homemade ni untuk mengusir semut. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun.

Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yang ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan dua sebelum semut meny3rang balik.

Spray serbaguna (homemade)

Bahan-Bahan:

  • 1/4 cawan cuka putih
  • 1 1/4 cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray dan sembur di tempat banyak semut untuk mengusir semut-semut tersebut.

Bancuhan ni sebenarnya tiada sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding atau perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Kegunaan selain dari mengusir semut :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kmia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka 1/2 cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh ma ti kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

7. Kaedah ini juga sesuai untuk mengusir semut pada tanaman.

Nota semut : Apa pandangan anda, mohon kongsikan diruang komen fb atau blog dibawah. Sharekan petua ibu kepada rakan-rakan anda juga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*