Lembut Di Dalam Rangup Di Luar Ini Resepi Keropok Lekor Guna 4 Bahan
Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick. Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.
Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian resepi keropok lekor beliau di bawah ini selengkapnya.
Bahan-bahan untuk resepi keropok lekor:
- 8 Ekor ikan kembung
- Garam
- Ajinamoto
- Tepung ubi atau tepung sagu
Cara membuat:
- Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
- Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
- Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto.
- Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
- Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Moga resepi ini bermanfaat kepada semua, selamat mencuba.
Leave a Reply