Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi Ini Resepi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi Ini Resepi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit

Taufu fa menjadi kegemaran ramai tidak kira waktu. Ada yang suka makan taufu fa panas-panas dan ada juga yang suka makan selepas disejukkan. Semuanya sedap!

Jadi, apa kata anda cuba buat taufu fa macam yang boleh dibeli di bazar ini di rumah, 15 minit saja dah siap tau! Bolehlah bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga.

BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA

  • Air Soya dua kotak yang besar (sekotak tu bersamaan 1 liter).
  • Agar-agar tali/ jelly strips yang 26 gram (dekat paket tak tulis, tapi saya pergi timbang)
  • Air kosong 2 ke 3/4 cawan untuk larutkan agar-agar (kalau guna agar-agar 20gram, guna air 2 cawan sahaja.)
  • Daun pandan utk bagi wangi

CARA-CARANYA

1. Masak agar-agar dengan cara larutkan agar-agar dengan air. Letak daun pandan.

2. Lepas agar tu dah larut, masukkan 2 kotak air soya tu. Panaskan sekejap.

3. Pastikan anda tapis dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.

4. Biarkan sejuk sekejap sebelum letakkan di dalam peti ais

5. Dan SIAP!

Air gula merah/air gula biasa (Nak sedap lagi, letakkan siap-siap air gula di dalam bekas tau fu fah tu, lepas itu sejukkan, dah sejuk baru mkn.)

Anak-anak dan seisi keluarga mesti suka.Selamat mencuba!














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*