Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Cas Semula Bateri Kereta Dan Jumpstart Tanpa Bantuan Kereta Lain

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Cas Semula Bateri Kereta Dan Jumpstart Tanpa Bantuan Kereta Lain

Bateri kereta adalah komponen yang paling penting. Walaupun minyak kereta anda penuh setangki tapi kalau bateri kereta dah kong atau flat, ia tetap tak boleh bergerak.

Selalunya kalau bateri kereta kong atau flat, kita pasang kabel jumpstart dengan kereta lain. Tapi bagaimana kalau ketika kejadian itu tiada kereta lain?

Tak perlu panik kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk menghidupkan bateri kereta yang kong atau flat itu menggunakan battery charger portable. Cara mudah ini telah dikongsikan Salehudin Hawari di laman Fbknya.

Cas Semula Bateri Kereta Guna battery charger portable

Tetiba nak start kereta, bateri flat zero%… K3s semalam kelam kabut tak tutup pintu kereta rapat2, lampu dalam keta ngan bonet keta menyala sampai abis bateri…

Penyelesaiannya:

Tarik wayar extension panjang, pasang bateri charger 12V10A portable, terus charge kat bateri..

Takyah bukak bateri kat kereta tu, terus charge jer…

Tunggu 10 minit… Pastu try start… In sha Allah keta leh dihidupkan dan masa bawak nanti bateri akan dicas semula oleh kereta tu sendiri…

Untuk dapat pahala tolong orang, bawak bateri charger portable tu dengan wayar extension tu dalam bonet keta sentiasa. Mana nak tau ada orang kena benda yang sama kat parking memana, RNR ke…

Takyah la mintak kereta lain gostan, bukak dua bonet, letak jump wire susah-susah. Cara ni 10 minit jer leh dapat pahala besor… In sha Allah…

Sumber: Salehudin Hawari














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*