Resepi Roti Kopi Ala-Ala Roti Boy Dan Paparoti Memang Gebu Dan Rangup
Biasanya menu petang sama ada kuih muih, puding ataupun makanan bergoreng. Betul tak? Tapi kalau dah kerap pusing menu yang sama mesti bosan juga kan.
Ibu-ibu dekat luar sana mesti dah buntu kan nak masak apa untuk hidangan makan petang? Haa hari ini kami ingin bagi anda resepi roti kopi ala-ala Roti Boy dan Paparoti. Resepi istimewa ini dikongsikan oleh Juju Minhad di laman Fbknya. Jom tengok!
Bahan-bahan Roti Kopi Ala Roti Boy
- Tepung gandum 250 gram
- Gula 50 gram
- Susu segar 150 gram
- Telur kuning sebiji
- Mauripan 1 sudu
- Mentega 30 gram
Cara memasak
Semua bahan ini dimasukkan dalam satu besen atau bekas kecuali mentega. Kemudian, pukul semua hingga rata. Seterusnya masukkan mentega, pukul lagi. Akhir sekali, uli adunan menggunakan tangan sampai ianya tidak melekat.
Kemudian tutup menggunakan tuala lembab dan biarkan dalam 40 minit. Selepas 40 minit, masukkan sepotong mentega dalam doh (salted). Bulat-bulatkan sebelum ianya disusun ke dalam tray. Tutup menggunakan kain lembab selama 10 minit.
Bahan-bahan untuk topping kopi
- Mentega 60 gram
- Gula 30 gram
- Serbuk nescafe 2 sudu ngn 2 sudu air suam (godak-godak dalam gelas, ketepikan)
- Telur sebiji
- Tepung gandum 70 gram
Cara-Cara Buat Topping:
- Pukul mentega dengan gula sampai creamy.
- Masukkan telur, aduk lagi.
- Kemudian masukkan air bancuhan nescafe tadi, aduk lagi dan masukkan tepung.
- Aduk sehingga rata.
Selepas selesai semuanya, masukkan ke dalam piping beg, pipingkan dari tengah secara melengkar atas roti tadi.
Akhir sekali bakar 170′ dalam 20 minit iaitu api atas bawah. Tambah 10 minit api atas untuk dapatkan efek roti yang rangup. Siap.
Sumber: Juju Minhad
Leave a Reply