Resepi Perencah Nasi Goreng Kampung Sedap Sangat Mudah Nak Buat

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Perencah Nasi Goreng Kampung Sedap Sangat Mudah Nak Buat

Orang bujang mesti kenal sangat dengan perencah nasi goreng buatan Adabi, maklumlah itu lah cara memasak nasi goreng paling mudah. Tetapi yang memang pakar dalam bab masak nasi goreng mesti pandai buat perencah nasi goreng sendiri.

Nasi goreng adalah antara juadah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tidak kira sama ada dimakan ketika bersarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Nasi goreng juga mudah untuk disediakan malah cara penyediaanya boleh mengikut citarasa individu itu sendiri.

Percaya atau tidak, menu nasi goreng seperti nasi goreng kampung memang menjadi antara menu utama yang di pesan di kedai makan. Mungkin kerana rasanya yang sesuai dengan tekak orang Malaysia ataupun anda malas nak fikir menu lain untuk di pesan.

Tetapi, untuk anda yang sibuk bekerja tu tapi lebih suka masak sendiri, mesti ambil masa juga nak potong bawang, nak tumbuk cili lagi pagi-pagi hari untuk sediakan nasi goreng tu kan? Nak pula masa perut dah betul-betul lapar memang rasa tempoh penyediaan nasi goreng tanpa perencah sedia ada memakan masa yang agak lama.

Jangan risau, melalui perkongsian resipi ‘perencah nasi goreng’ ini, anda dah boleh sediakan nasi goreng dalam masa yang singkat!

PERENCAH NASI GORENG SERBAGUNA MAK LONG

Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-bnayak dan ‘frozenkan’, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng. Kenapa serbaguna? Mesti ramai tertanya-tanya sebagai biasanya sesetengah perencah nasi goreng ni hanya sedap untuk goreng nasi je tak sesuai untuk bahan lain.

Maksud serbaguna tu sebab perencah nasi goreng ni boleh guna bila-bila masa sahaja untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan ‘win’ kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. Tiga minit dah siap.

Yang bagusnya perencah nasi goreng ni dah lah anda boleh simpan lama sebab boleh disejukbeku kan tetapi bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya pun sangat mudah dan murah. Boleh buat stok perencah nasi goreng ni banyak-banyak dah boleh jimat duit juga:

BAHAN-BAHAN

  • 7-8 biji cili merah (buang bijinya)
  • 10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
  • 1@2 labu bawang besar
  • 10 bjji bawang putih
  • Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
  • Sedikit belacan

CARA-CARANYA

‘Blend’ semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air.

Tumiskan bahan ‘blend’, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukul berapa nak tidur pulak.

Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.

TIPS SUSUN BAHAN DALAM PENGISAR

Bawah sekali belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.

CARA GUNA NAK MASAK NANTI

Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah ‘haiwan-haiwan’ yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi masaklah macam biasa. Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi dah masak la sebelum tidur.

Saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada baki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancvrkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.

Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, perencah nasi goreng ni dah cukup rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Pnut Syafinaz

Anda suka dengan resepi perencah nasi goreng yang mudah dan sedap ni? Apakata anda kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan yang lain. Boleh bertambah dan mempelbagaikan koleksi resepi nasi goreng anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*