Sayur Gemuk-Gemuk Buat Kaedah Hydroponik Takung Dari A-Z Tak Perlu Elektrik

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Sayur Gemuk-Gemuk Buat Kaedah Hydroponik Takung Dari A-Z Tak Perlu Elektrik

Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup. Sistem tanaman hydroponik merupakan kaedah yang tidak menggunakan tanah. Terdapat beberapa teknologi berkaitan hidroponik antaranya Hidroponik Takung.

Buat anda yang ingin belajar menggunakan teknik hydroponik takung yang tidak melibatkan sistem elektrik ini, bolehlah mengikuti tips dikongsikan seperti di bawah.

Jom belajar buat hydroponik bagi yang baru nak belajar mencuba. Baca dulu nota yang ada kat gambar. Tidak faham baru tanya sampai faham dan sampai boleh buat sendiri. Jangan lupa klik joint group Berkebun D Rumah Official tu ya.

HYDROPONIK TAKUNG

Sistem Hydroponik yang paling mudah sebab ianya tidak melibatkan sistem elektrik. Dalam post ni saya tanam Pak Choy Dwaf.

Boleh klik gambar dan baca nota di bawah gambar ya. Baja yang digunakan adalah Baja XY (sama je macam Baja AB cumanya dinamakan XY).

1. CARA MEMBUAT TAPAK TUMBUHAN

Span yang saya guna ni biasanya contractor guna untuk kerja-kerja menyimen, dekat hardware biasanya ada jual.

Ambil pembaris dan gariskan ikut size pembaris tu je.

Dah siap potong, cubit tengah dia sikit untuk buat lubang tempat letak benih seperti gambar. Bekas takung kalau boleh cari yang beralun seperti gambar ni supaya akar keluar dari bawah nanti ada ruang untuk akar.

Susun elok-elok dalam bekas.

Ambil biji benih pakchoy dan letak sebiji setiap lubang atau pun boleh juga letak 2 biji tapi bila dah naik elok kena tinggalkan satu pokok satu lubang sahaja.

Biasanya benih yang baik sehari dah cambah seperti ini.

Bila dah naik daun seperti ini, sudah boleh pindahkan ke tapak hydroponik.

Sebelum pindah kena PASTIKAN akar dah keluar kat bawah span seperti ini. Pokok dah ready jom kita buat bekas hydroponik pula.

2. CARA MEMBUAT BEKAS HYDROPONIK

Bekas hydroponik yang saya gunakan dari paip uPVC 4 inci.

Saya potong dua jadinya sebatang panjangnya dalam 6 meter. Jarak lubang ke lubang boleh buat 10cm / 15cm / 20cm ikut size sayuran yang hendak ditanam.

Saya tebuk menggunakan drill bateris sahaja.

Siap tebuk yang ni saya test guna cup kecil jadinya lubang besar sikit. Jika gun netpot hydroponik yang biasanya tu boleh guna hollowsaw size 38mm.

Dah siap boleh kikis sikit sisa buat lubang tu bagi dia hensom sikit.

3. HASIL TUMBUHAN DARIPADA SISTEM HYDROPONIK TAKUNG

Inilah hasilnya dah boleh tuai.

Ada cahaya matahari masuk sikit jadinya boleh menyebabkan terjadinya lumut. Akar yang sihat dia putih semuanya. Keadaan macam ini masih OK sebab sikit je dan sayuran pun sudah boleh dituai.

Akar putih pokok sihat.

Ok sekarang dah boleh tuai. Jika nak bagi tahan lama pokok ni dan boleh tuai berkali-kali kita boleh tuai dengan cara potong daun yang belah luar dahulu.

Boleh potong daun jadi macam ini, dua or tiga hari nanti boleh tuai lagi.

Ni jadinya sekali tuai.

Kalau rasanya nak tanam sayur lain pula boleh terus tuai semuanya.

Siap dimasak.

Sumber: Ardi Tani via Berkebun D Rumah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*