Kaki Ayam Empuk Dan Tidak Hamis, Ini Rupanya 4 Tip Mudah Yang Kena Tahu
Biasanya kalau ke pasar mesti ramai akan beli ayam dan tidak mahu kaki ayam tu kan?
Sebenarnya ramai peminat kaki ayam ni akan memborong kaki ayam ni kerana tahu khasiatnya walaupun ianya tidak semahal makanan premium lain yang mempunyai manfaat lebih kurang sama.
Siapa yang pernah menikmati kaki ayam pasti tidak dapat menafikan lagi rasanya yang enak, bahkan ianya juga baik untuk kesihatan.
Kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh.
Betul ke kaki ayam mengandungi kolagen?
Ya, betul. Kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih dari 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius.
Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.
Elok ke tidak gelatin ini?
Elok. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amin0 as1d utamanya telah termvsnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.
Namun, berpada-pada juga untuk mengekalkan keseimbangan bahan kimia dalam badan. Ingat, segala yang berlebihan itu berpotensi menjadi mudarat.
Cara Masak Kaki Ayam Empuk Dan Tidak Berbau
Jangan khuatir lagi, guna tip ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya, Rendam dalam air panas
Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.
2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka.
Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.
3. Rebus dengan aneka rempah
Bagi mempercepatkan proses rebusan dan kaki ayam empuk, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.
4. Masak dengan rempah pedas
Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.
Tip Memasak Kaki Ayam Empuk
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usvs yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan.
Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam empuk, tidak hamis dan menghilangkan semua potensi bkteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menj1jikkan.
3. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
4. Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi b4kteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam
5. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda
6. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang betul dan bersih. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya. Selamat mencuba.
Leave a Reply