Perlu Tahu Perkara Penting Ini Sebelum Membeli Ketuhar Atau Oven

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Perlu Tahu Perkara Penting Ini Sebelum Membeli Ketuhar Atau Oven

Jika anda sedang dalam proses membeli oven baru dan sedikit keliru bagaimana untuk memilih oven yang terbaik untuk anda. Saya harapkan artikel ini dapat membantu anda.

Pasti ramai yang kat luar sana sedang mencari ketuharkan, bulan puasa nak dekat raya pulak tu. Walaupun selama ini hanya membeli atau tempah sahaja biskut raya atau kek tapi berbeza dengan tahun ini.

Sebelum anda memilih oven atau membuat sebarang pembelian, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan antaranya:

Apa yang akan anda masak menggunakan oven ini?

Bagi saya, soalan ini adalah soalan yang paling utama perlu anda jawab dahulu ketika memilih oven, sebab tiada gunanya anda membeli oven mahal jika anda tidak menggunakan kesemua ciri yang ada pada oven tersebut.

Mungkin anda ingin gunakan oven tu, hnya untuk mencairkan coklat masakan atau mentega? Atau anda hanya ingin gunakan oven tersebut untuk memanaskan kembali makanan anda?

Jika ini jawapan anda, maka anda hanya perlukan oven yang mempunyai ciri asas sahaja. Memang terdapat beberapa model oven yang sesuai untuk kegunaan asas seperti diatas.

Kalau perkara di bawah anda dalam fikiran anda untuk memilih oven yang sesuai:

  • Adakah untuk baking kek & biskut sahaja?
  • Atau untuk panas lauk?
  • Atau kedua-duanya?
  • Ke nak buat ayam golek skali?

Dah decide dah tujuan/sebab korang nak memilih oven? Now kita tengok satu-satu tujuan/sebab korang nak memilih oven tu. Mesti ramai nak beli untuk baking kek dan biskut.

Kalau korang nak guna oven untuk baking kek dan biskut, pilihlah oven yang mempunyai:

  • fungsi bakar atas
  • fungsi bakar bawah
  • fungsi atas bawah
  • boleh laras suhu
  • fungsi timer

Kebanyakan oven yang mampu milik mempunyai kesemua fungsi di atas dalam harga RM 200 kebawah untuk oven kecik. Nak masak untuk famili je (baking dalam kuantiti yang kecil) maka oven size 18-20 liter pon dah mencukupi.

Sejauh mana kemampuan oven tersebut?

Saiz Oven

Ok, ini juga soalan penting yang perlu anda jawab sebelum memilih oven, pastikan anda mengukur dahulu kebesaran oven yang anda ingin beli. pastikan juga anda mengukur keluasan ruangan dalam oven tersebut.

Keluasan bahagian dalam bergantung kepada keperluan memasak dan model yang ada. Secara kasarnya, pastikan terdapat ruangan sebesar 2.5 inchi di bahagian tepi dan 1.5 inchi di bahagian atas dan bawah oven. Selain itu, ketika memilih oven anda perlu tentukan jenis oven yang anda perlukan samada jenis yang berdiri sendiri atau jenis yang boleh di gabungkan sekali dengan cabinet dapur.

Fungsi Oven

1. Top and Bottom Heat

Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rack tengah sahaja.

2. Top Heat Only

Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar cheesecake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.

3. Bottom Heat Only

Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.

4. Grill

Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.

5. Steam Injection

Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.

6. Suhu (Temperature)

Pastikan anda tahu jenis suhu oven anda untuk mengetahui jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih anda semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz oven itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.

Teknologi memasak

Bahagian teknologi oven ini agak teknikal bagi kebanyakan orang. Antara rungutan ramai baker diluar sana yang mempunyai oven, adalah oven yang mereka gunakan tidak memanas dengan sekata keseluruh bahagian oven dan ada di antara mereka yang mengatakan oven yang mereka gunakan memanas dalam tempoh yang sangat singkat.

Jenis Oven

Ketuhar gas atau biasa disebut gas oven dikatakan tidak akan membuatkan kek kering tetapi kalau tak kawal api gas dengan betul, kek mudah hangus dibawah. Sebaliknya ketuhar elektrik atau mesra disebut electric oven, mempunyai pelbagai fungsi dan memang mudah nak mengawal suhu dan masa membaking cuma kalau tersalah memilih ketuhar, bil elektrik boleh melambung tinggi.

1. Ketuhar jenis bina dalam (Built in oven)

Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang hampa beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika membakar 2 atau 3 tingkat (2 tier baking).

Kalau membakar biskut cara begini,hampa harus rajin memusing dan menukarkan loyang kuih supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika membakar satu tingkat sahaja.

2. Oven yang ada kipas (Oven with fan)

Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.

Jadi, jika ada pilihan untuk tidak membuka button kaedah kipasnya @ switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah lebih baik (sesetengah oven ada button kipas).

Tetapi jika tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada button kipas) adalah lebih baik jika hampa kurangkan sedikit masa membakar kek itu.

Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa, kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika hampa menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.

3. Oven microwave (Microwave Oven)

Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar.

“2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.

Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwavenya sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat (dense).

Pembuat oven berusaha sebaik mungkin dalam menghasilkan model terbaru, tujuannya untuk tidak memastikan masalah haba tidak sekata tidak berlaku, seperti yang anda tahu, terdapat beberapa tekbologi pemanasan dalam oven di pasaran, ada yang menggunakan wap air, ada yang menggunakan inframerah dan menggunakan convection techology.

Secara peribadi saya lebih suka menggunakan convection technology untuk oven yang saya gunakan sebab haba dapat disebarkan secara sekata keseluruh oven dengan baik, jadi masalah yang macam saya katakan diatas tidak akan timbul.

Penggunaan Kuasa dan Kapasiti Oven

Penggunaa kuasa oleh oven yang anda gunakan sama pentingnya dengan ruang dalam oven tersebut. Oven yang mempunyai kuasa tinggi sudah tentu dapat memasak dengan lebih pantas.

Akan tetapi penggunaan elektrik rumah turut akan meningkat dengan banyak. Kebanyakan oven yang terdapat di pasaran mempunyai sekurang-kurangnya 800watts,ini sesuai bagi kebanyak resepi masakan.

Terdapat juga oven yang mempunyai kuasa sehingga 1200watts. Selain penggunaan kuasa sesuatu model oven, anda juga kena mengambil kira saiz keseluruhan oven tersebut.

Kebanyakan syarikat pengeluar akan memberikan saiz keseluruhan oven,tapi tidak memberitahu tentang jumlah ruangan dalaman oven.

Jika anda inginkan saiz oven yang besar dengan kapasiti kuasa yang rendah,anda boleh pilih Trio Oven 120L.

Memilih Oven Berdasarkan Harga

Kalau nak buat perbandingan harga ketika memilih oven, ketuhar elektrik lebih murah dari ketuhar gas tapi kalau kita rajin membuat kek selalu, lebih sesuai kalau kita pilih ketuhar gas. Sebab untuk jangka masa panjang kita dapat jimatkan bil elektrik.

Jadi sebelum memilih oven, fikirkan dulu apa yang kita inginkan. Kalau baru nak menjinakkan diri atau mencuba membuat kek dan biskut, lebih sesuai kalau memilih oven elektrik. Bila dah mahir, atau jika nak buat kek atau biskut dalam kuantiti yang banyak, belilah dapur gas, lebih sesuai dan lebih jimat.

Apakah ciri-ciri oven yang anda perlukan?

Jika anda hanya menggunakan oven tersebut untuk kegunaan harian,seperti memasak atau memanaskan makanan, anda hanya perlu memilih oven dengan ciri yang asas.

Tapi jika anda perlukan oven yang mempunyai untuk kegunaan yang lebih kompleks dan juga untuk kegunaan bisnes bakeri, anda boleh pertimbangkan memilih oven dengan kemampunan yang lebih berbanding oven yang asas. Cuma satu yang perlu saya ingatkan adalah, pastikan anda membeli oven dengan ciri yang anda perlukan sahaja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*