Goreng Pisang Terlajak Rangup Walaupun Dah Sejuk Guna Bahan Ini Bancuh Tepung
Sebenarnya, ada beberapa cara turun-temurun dan petua goreng pisang yang boleh anda cuba di rumah. Boleh pilih yang mana-mana berdasarkan bahan yang ada di dapur anda.
Bukan senang nak mendapatkan bancuhan tepung yang betul-betul rangup dan enak. Kalau jadi pun, sedap dimakan waktu panas saja. Lepas itu, mulalah ianya lembek dan berasa kurang sedap. Jauh berbeza daripada pisang goreng yang dihasilkan oleh peniaga-peniaga jalanan.
PETUA MERANGUPKAN GORENG PISANG WALAUPUN DAH SEJUK
Berikut adalah petua goreng pisang agar ianya tetap rangup dan garing walaupun disimpan buat beberapa lama.
1. GUNAKAN KAPUR MASAKAN
Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung.
Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras: tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnyadan pastikan ia tidak terlalu cair.
2. MINYAK PANAS
Petua goreng pisang ini adalah antara yang paling ‘simple’, Caranya, gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudian tambahkan minyak masak yang panas dan gaulkan semula.
3. GUNA TEPUNG PULUT
Biasa kita dengar bancuhan menggunakan tepung beras, bukan? Apa kata cuba pula bancuhan tepung pulut. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2. Selain itu, bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam, dan 1 sudu teh serbuk kunyit.
Caranya, campurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan bolehlah menggoreng.
4. TAMBAHKAN KELAPA PARUT
Cara seterusnya adalah menggunakan kelapa parut. Istimewa bukan? Selain menyedapkan rasa, ianya juga boleh membantu merangupkan gorengan anda.
Cuma tambahkan sedkit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur, kelapa parut, telur dan garam.
5. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat atau baking soda boleh juga digunakan untuk merangupkan pisang goreng anda. Mudah saja, cuma campurkan tepung gandum yang digunakan bersama sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhnya dengan air, garam, dan serbuk kunyit.
6. MARJERIN / ‘BUTTER’
Selain bahan-bahan di atas, anda boleh juga mengolah resepi dengan menambahkan 2 sudu marjerin atau ‘butter’ ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit dan sedikit garam / gula.
7. TEPUNG GORENG ‘INSTANT’
Di pasaran, ada dijual tepung goreng ‘instant’ seperti pisang goreng Adabi yang tertulis ‘cuma tambah air’. Walaupun rasanya agak sedap, tapi tak semuanya akan menjadi garing dan rangup apabila dimakan. Pernah juga ianya melekat dan lembek apabila siap dimasak.
Oleh itu, anda boleh tambahkan tepung gandum kepada tepung ‘instant’ tersebut dengan nisbah 1:1. Ia akan menghasilkan bancuhan yang lebih likat dan rangup!
Jadi, bolehlah dinikmati walaupun ianya sejuk nanti! Selamat mencuba
Leave a Reply