Tak Berbau Hanyir Ini Cara Bersihkan Ayam Baru Sedap Makan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tak Berbau Hanyir Ini Cara Bersihkan Ayam Baru Sedap Makan

Bersihkan ayam pun ada caranya dan bahagian tertentu yang perlu di buang barulah tak berbau hanyir. Mungkin ada mak-mak yang tak tau, kena pastikan kantung bulat berhampiran tongkeng dibuang terlebih dahulu, sebelum ayam tersebut dibasuh bersih.

Jemput baca perkongsian tip daripada Puan Nurulasyikin Jamaludin sebagai panduan bersihkan ayam.

“Ada sikit perkongsian tip pembersihan ayam supaya tak berbau njis dan hanyir (bau reban), sebelum ni saya dah share kat wall saya”

“Kalau nak elakkan ayam bau njis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkan tu. Kantung tu orang cakap kelenjar tapi memang berbau njis. Kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sebab dah terpecah masa ayam diproses.

So kena perati betul-betul sebab warna kantung tu macam warna daging ayam, kedudukannya betul-betul kat bawah tongkeng ayam tu. Buang jangan tak buang.”

“Sepit sikit dengan pisau, pastu tolak je. Kantoi kat kedai makan saya terjumpa mende ni kat ayam goreng depa, patutla bau semacam. Tobat tak pegi dah. Buang juga bahagian-bahagian yang geleber-geleber bawah thigh tu, juga bahagian-bahagian yang anda tak suka dan yang part kotor (paru-paru dia paling kuat bau).”

Cuci Dengan Tepung Gandum

“Last sekali, cuci ayam pakai air yang dicampur tepung gandum (tepung lain boleh jugak, tapi tepung gandum paling berkesan). Letak sesudu pun dah ok, gaul-gaul dan bilas. Boleh try bau sendiri beza dia sebelum dan selepas, then baru boleh masak apa-apa je yang anda suka yea, gerenti selera sabab dah tak hanyir.

Semoga perkongsian ni berguna untuk semua terutama pada yang belum tau tu yea, selamat memasak semua.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila bersihkan ayam, pastikan buang kantung/ kelenjar tersebut, bagi elak bau hanyir bila dah masak.

Sumber: Nurulasyikin Jamaludin














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*