Tekan Butang Bersimbol Ini Waktu Yang Tepat Dan Fungsinya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tekan Butang Bersimbol Ini Waktu Yang Tepat Dan Fungsinya

Setiap kereta mempunyai butang untuk membenarkan udara dari luar untuk mengalir ke dalam kereta. Lazimnya, ia sering ditutup untuk mengelakkan bauan kurang menyenangkan daripada memasuki kenderaan.

Pun begitu, butang ini sebenarnya mempunyai beberapa peranan lain bagi membantu anda memandu dengan lebih selesa.

Mari ikuti tip dan trik penggunaan fungsi tersebut yang dikongsikan oleh Auto Parts Laboratory seperti di bawah.

1. Jika anda mer0k0k dalam kenderaan, aktifkan mod udara luar untuk singkirkan asap dengan lebih cepat.

2. Aktifkan mod ini ketika memandu dalam perjalanan jauh atau di lebuhraya bagi membantu pengaliran oksigen untuk mengelakkan pemandu mengantuk.

3. Aktifkan mod udara luar ketika hujan untuk kurangkan kabus pada cermin tanpa membuka tingkap.

4. Tutup mod udara luar ketika menggunakan pendingin hawa bagi mengelakkan udara sejuk keluar dan udara panas masuk.

5. Tutup mod udara luar ketika trafik sesak bagi mengelakkan asap kenderaan lain masuk ke dalam kereta anda.

Sumber: Auto Parts Laboratory

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*