Kena Tahu Jenis Dan Kegunaannya Juga Ini Jenis Pisau Yang Perlu Ada Di Dapur

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kena Tahu Jenis Dan Kegunaannya Juga Ini Jenis Pisau Yang Perlu Ada Di Dapur

Perasan tak, ada masa bila kita potong sesuatu ia jadi tak kemas atau hncur. Bukan sebab pisau tak tajam tapi salah jenis dan kegunaanya.

Kena tahu pisau ada jenis-jenis dan kegunaannya yang tersendiri. Lagi pula untuk kegunaan harian di dapur. Bukan main sebarang guna je. Barulah memudahkan kerja memasak dan urusan potong memotong.

Untuk tahu lebih lanjut, tambah ilmu mengenai jenis pisau ini daripada perkongsian amatur yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith di page Tukang Apa Hari Ini sebagai rujukan.

“Saya menjadi tukang smblih musim krban sejak 2012, dari situ lelaki belajar jenis pisau dari tukang-tukang lama dan tukang-tukang masak.”

JENIS-JENIS PISAU DAN KEGUNAANNYA

1. Paring Knife

Pisau kecil dengan saiz bilah biasanya 3 inci panjang, digunakan untuk potong bawang atau kupas kulit buah-buahan atau sayur dan sebagainya.

2. Boning Knife

Pisau berbilah boleh lentur untuk kegunaan mencraikan tulang dari isi serta memotong bahagian-bahagian rawan dan sambungan tulang belulang.

3. Filleting Knife

Digunakan untuk menghiris nipis daging atau memisahkan isi ikan dari tulang.

4. Cleaver

Pisau pemotong serba guna dan boleh digunakan untuk menetak bahagian tulang atau cengkerang.

5. Skinning Knife

Gunanya untuk mencraikan daging dari kulit.

6. Butcher Knife

Untuk memotong daging, atau semblihan. Variasi saiz bilah berbeza untuk smblihan, 6 inci ke atas untuk kambing, lembu bersaiz sederhana

9 inci dan ke atas untuk lembu bersaiz besar atau kerbau. Ada beberapa variasi bentuk juga. Yang kepunyaan saya ini jenis ‘buIInose’

7. Kitchen/Chef Knife

Pisau serbaguna di dapur

8. Serrated / Bread knife

Pisau bergerigi untuk memotong roti, kek dan sebagainya.

Penting;

Kalau di dapur anda hanya perlu ada sekurang-kurangnya 3 bilah sahaja pisau iaitu pisau bernombor 1,4, dan 7.Yang lain kalau ada kira bonus!

Jenama pisau ada pelbagai dan tak semestinya kualiti pisau bergantung pada jenama semata-mata. Yang lebih mustahak ialah cara penggunaan yang betul selain pengendalian pisau selepas digunakan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini pastikan guna pisau mengikut jenis dan kegunaannya. Tak semestinya kena ada pisau yang berjenama, paling penting kena tahu guna dan kendalikan pisau selepas digunakan.

Sumber: Mohd Faeez Harith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*