Ada Bahan Kena Tumis Dulu Ini Rahsia Masak Nasi Lemak Sedap

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Ada Bahan Kena Tumis Dulu Ini Rahsia Masak Nasi Lemak Sedap

Bagi ibu-ibu yang suka masak sendiri nasi lemak mesti masing-masing dah ada rahsia resipi sendiri yang diperturunkan dari generasi ke generasi dalam keluarga. Tapi tidak kurang juga yang suka mencuba pelbagai variasi nasi lemak.

Nasi lemak memang menu paling tersohor kalau di Malaysia ni selain dari roti canai, dari level nasi lemak gerai jalanan ke nasi lemak dalam kapal terbang menu ni memang pada kedudukan top order!

Meskipun ada yang cakap kerap makan nasi lemak ni boleh mengundang kepada kegemukan di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi tak boleh nak salahkan nasi lemak ni sebab kalau diri sendiri tak boleh kawal sampai makan bertambah-tambah pinggan.

Antara komplen kaum wanita bila masak nasi lemak adalah kenapa nasik lemak yang dibuat tak sesedap yang dimakan di kedai.

Cukup masin, harum dan rasa lemaknya. Kalau nak tahu ada cara tertentu untuk hasilkan nasi lemak yang sedap.

Ini cara yang dikongsi oleh Nur Aisya yang sebelum ini sudah mencuba pelbagai resipi namun cara inilah yang paling sedap sekali hasilnya.

Menurutnya sebelum masak nasi lemak tumis dulu bahan berikut:

  • Bawang besar hiris
  • Halia hiris
  • Halba
  • Daun pandan

Selepas wangi, masukkan beras dan goreng bersama bahan tumis tadi. Kemudian tuang santan dan air. Masukkan sedikit garam dan secubit gula.

Hasilnya

Rasanya macam nasik lemak orang tua kita buat.

Selamat mencuba

Sumber: Nur Aisya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*