Perkara Yang Selalu Akan Terjadi Pada Kucing Peliharaan Tanda-Tanda Akan Matti
Sebenarnya sebelum kucing peliharaan kita akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya ada beberapa tanda tapi mungkin kita tidak sedar. Yerlahkan kucing bukan boleh bercakap yang dah sampai masa dia perlu pergi.
Bagi pemilik kucing perkara yang menyedihkan bila kucing peliharaan mereka m4ti. Ada yang mati disebabkan faktor umur dan juga kesihatan. Tidak kurang juga yang kena langgar atau diracvn orang lain.
Kami kongsikan tanda-tandanya ini supaya takdelah korang rasa terkilan atau kecewa kerana tidak dapat memberikan penuh perhatian pada kucing ketika mereka memerlukan kita.
Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Akan M4ti.
1. Kucing Menjadi Lemah
Seekor kucing yang akan m4ti biasa akan baring dan tidur satu hari suntuk. Ia seolah-olah malas untuk menggerakkan badan, dan akhirnya tubuh akan mengeras dan kaku.
2. Kucing Akan Diam (Tidak Bersuara)
Kucing yang sakit biasanya tenaga akan hilang dan lemah, begitu juga dengan suaranya. Menurut pakar ada juga kucing yang mengeluarkan suara sebelum kem4tian, mungkin disebabkan rasa sakit yang dialaminya.
3. Suhu Badan & Denyut Jantung Menurun.
Buat pengatahuan anda, Kebanyakkan kucing memiliki suhu 36 darjah dan ia akan menurun bila hampir dengan kem4tian, denyut jantungnya pun juga semakin lemah. Denyut jantung kucing akan berdenyut tidak teratur sebelum ia m4ti.
4. Perubahan Perwatakan
Kebanyakan kucing tidak suka dipegang dan di belai, ia juga akan jadi pemarah ataupun murung. Menurut pencinta kucing, ada juga sesetengah k3s kucing yang bersifat independent atau sering keluar rumah, pada saat kem4tian mereka akan berada di rumah untuk mendapatkan perhatian tuannya sebelum m4ti.
5. Kucing Akan Bersembunyi
Kucing yang sudah tahu yang mereka akan m4ti mula mencari tempat yang tenang dan gelap. Ada sesetengah kucing yang akan m4ti juga akan bersembunyi dari tuannya. Seolah-olah tidak mahu tuannya melihat dia m4ti.
6. Perubahan Pada Makan
Makanan kegemarannya yang di sukai tidak lagi disentuh. Seolah-olah kucing itu tidak lalu makan atau sedang berpuasa. Sekiranya berlaku seperti ini, sebaiknya anda bawa ke veteriner untuk diperiksa. Kemungkin juga ada sebab lain kenapa ia tak mahu makan.
7. Perubahan Penampilan
Kucing akan kelihatan tidak terurus dan lemah dari kebiasaannya. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.
8. Nafas Tak Teratur
Pernafasannya menjadi tidak teratur dan boleh didengari. Kucing akan keluarkan lidahnya dan mulut terbuka seolah-olah ia sukar untuk bernafas.
9. Hilang Tanpa Dikesan
Ada juga sesetengah kucing yang pergi dan hilang tanpa dikesan, yang paling sedih tu kalau jumpa j4sad yang sudah tidak berny4wa. Mungkin ia faham dan tidak mahu tuannya sedih melihat ia m4ti.
Jika anda suka dengan artikel berkaitan kucing peliharaan ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Leave a Reply