Tanpa Guna Aplikasi Mudah Rupanya Cara Buat Gambar Passport Sendiri

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tanpa Guna Aplikasi Mudah Rupanya Cara Buat Gambar Passport Sendiri

Pasti ramai yang mengalami masalah seperti di atas kan? Ada sahaja yang tak kena dengan gambar passport jika ditangkap di kedai. Gemuk, senget dan mahal pula tu.

Jadi, penyelesaian terbaik adalah dengan membuat sendiri sahaja gambar passport di rumah. Confirm puas hati dan jimat. Yang seronoknya lebih mudah dan cepat tanpa perlu muat turun aplikasi.

Wah, menarik kan? Ikuti perkongsian saudari Nurul Asyiqin di laman Fbk yang menceritakan langkah-langkah DIY gambar passport.

CARA BUAT GAMBAR PASSPORT SENDIRI TANPA GUNA APLIKASI

Tutorial gambar ukuran passport tanpa perlu install editing Apps dengan menggunakan handphone sahaja.

1. Ambil gambar macam biasa. Lebih kemas jika berpakaian formal.

2. Pergi dekat google dan taip sahaja remove bg ataupun tekan link ni.

https://www.remove.bg

3. Bila dah keluar macamni boleh la mula masukkan gambar. Tekan upload image untuk masukkan gambar.

4. Bila dah masukkan gambar tadi auto hilang background belakang rumah yang tak diingini tuu.. Selepas itu, tekan edit.

5. Kemudian dia akan bawa kita ke sini. Pilih mana-mana background yang kita suka.

Kalau gmbar passport biasanya warna biru kan. Jadi, kita click biru. Background warna putih pun ada, background pemandangan pun ada. Pilih yang bersesuaian dengan tujuan anda.

6. Saya pilih biru untuk gmbar passport. Jangan lupa tekan anak panah tu untuk butang download. Tekan download image. Gambar akan masuk dalam galleri phone kita. Dah siap! Itu sahaja.

Sekarang dah tak perlu ke kedai gambar. Jimat duit juga.

Sumber: Facebook Nurul Asyiqin Arifin/ / siraplimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*