Api Dapur Gas Kurang Terlalu Kecil, Merah Atau Oren Ini Cara Servis Dapur Gas Yang Tersumbat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Api Dapur Gas Kurang Terlalu Kecil, Merah Atau Oren Ini Cara Servis Dapur Gas Yang Tersumbat

Dapur gas tersumbat tak menyala? Api jadi merah? Api tak sekata atau besar sebelah? Dapur gas tiba-tiba berbunyi? Ini antara petanda awal ada sesuatu yang tak kena dengan dapur gas anda.

Jom fahamkan bersama antara masalah yang boleh berlaku pada dapur gas anda dan cara mengatasinya.

API DAPUR GAS BERUBAH WARNA

Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik namun bagaimana jika warna lain yang keluar?

1. API JINGGA / OREN

Lubang pemb4kar gas yang tersumbat boleh menyebabkan api yang keluar berwarna jingga. Api oren ini suhunya lebih rendah dan tidak efisyen untuk dapur gas.

2. API MERAH

Memasak dengan api ini juga boleh menyebabkan periuk terba kar dan meninggalkan kesan hitam. Ia juga petanda bahawa gas dalam tong sudah mulai sedikit dan perlu ditukar dengan yang baharu. Dapur gas dengan api berwarna merah adalah ama ran bahawa jumlah k4rb0n diok sida meningkat dan anda perlu berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan keracu nan k4rb0n diok sida.

3. API BIRU

Api berwarna biru adalah yang paling baik dan mempunyai suhu melebihi 1,500 darjah celsius. Proses memasak dengan api ini juga menjadi lebih cepat selain tidak membuatkan kuali anda terbak4r

kar.

TANDA DAPUR GAS TERSUMBAT / BERMASALAH

Selain warna pada api dapur gas, sumbatan juga boleh menyebabkan beberapa masalah lain seperti:

1. Berbunyi

Api yang tidak stabil dan berbunyi bising apabila dinyalakan bermaksud sama ada terlalu banyak udara atau terlalu banyak gas yang sampai ke pembakar. Sesuaikan pengatup udara untuk mengetahui sama ada udara adalah masalah, atau mungkin ada kotoran yang menghalang laluan gas tersebut.

2. Berbau

Jika dapur gas berbau kuat atau tetap berbau walaupun tidak dinyalakan bermakna mungkin salah satu pemba kar tidak dima tikan sepenuhnya. Pastikan tingkap dan pintu dibuka bagi memastikan ada pengudaraan yang baik dan hubungi syarikat gas untuk bantuan segera.

3. Api Terlalu Kecil / Tidak Menyala

Api yang terlalu kecil atau tidak menyala boleh menyebabkan sumbatan akibat kotoran atau minyak. Pembersihan secara teratur pemba kar membantu menjamin kecekapan lebih, menggunakan kurang gas pada nyalaan yang lebih rendah

CARA BERSIHKAN / SERVIS DAPUR GAS TERSUMBAT

Ada beberapa cara untuk anda bersihkan dapur gas yang bermasalah. Salah satu tindakan yang pertama boleh dilakukan adalah dengan membersihkannya.

Pembersihan secara teratur pembakar membantu menjamin kecekapan lebih, menggunakan kurang gas pada nyalaan yang lebih rendah.

Di sini kami kongsikan cara bersihkan dapur gas dan cara servis sendiri di rumah dengan mudah.

PERALATAN SERVIS DAPUR GAS DI RUMAH

Cara mencuci biasa boleh dilakukan hanya dengan menggunakan bahan seperti:

  • Cuka
  • Baking soda
  • Air panas bersabun

Caranya, buka komponen dapur tu, rendam dengan baking soda, rendam 30 min dah okey, api cantik kembali.

Namun jika masih tersumbat, anda boleh gunakan beberapa peralatan tambahan untuk membuat deep cleaning.

Ini alatan yang berguna dan boleh disimpan di rumah. WD40 ni banyak kegunaannya tau. Selain menghilangkan kotoran, ia juga membantu melonggarkan engsel yang ketat, menghilangkan bunyi berkeriut pada alatan, dan menjadikan perkakasan anda bebas karat.

CARA SERVIS / BERSIHKAN DAPUR GAS DI RUMAH

1. Pisahkan dapur dengan cover dia (youtube ada tunjuk cara).

2. Ketuk-ketuk manja dapur sampai turun karat, tahi gas dan kotoran bekas minyak.

3. Sembur WD40 DEGRESER seluruh dapur termasuk lubang-lubang dapur gas. Biarkan 5 hingga 10min.

4. Cuci dengan berus dawai. Agak tak keluar kotoran, sembur lagi WD40 DEGREASER. Tujuan guna degreser, untuk menghakis bekas-bekas minyak yang tumpah dalam salur gas. Bekas-bekas minyak ini juga salah satu punca api menjadi merah.

5. Bilas dengan air sehingga hilang baki kotoran.

6. Jemur sehingga kering. Nak cepat, bakar dengan flame torch.

Siap. Selamat mencuba.

Setiap dapur gas, berbeza cara buka dan pemasangan. Tengok tutorial dulu. Atau taip jer “cara servis dapur gas”, macam-macam video ada.

Selamat mencuba!

Kredit: Abu Aisyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*