Lepas Ni Tak Salah Beli Dah Ikut Cara Ukur Kasut Budak Dengan Tepat Dan Rujukan Carta Saiz.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Lepas Ni Tak Salah Beli Dah Ikut Cara Ukur Kasut Budak Dengan Tepat Dan Rujukan Carta Saiz.

Ada yang fobia nak beli kasut anak online sebab tersalah saiz. Frust sangat sebab dah lama tunggu design tu dan harga pun boleh tahan mahal kan.

Kalau kita yang dewasa ni, jaranglah saiz kasut tu berubah-ubah. Tapi budak-budak yang tengah membesar ni kita kena selalu ukur dan check sebelum beli untuk pastikan kasut yang dibeli tu tak terlalu kecil atau terlalu besar.

Di sini kami kongsikan cara paling mudah dan tepat ukur kaki anak anda dulu sebelum membeli kasut yang dikongsikan oleh penjual kasut sendiri.

CARA UKUR SAIZ KASUT BUDAK DENGAN TEPAT & MUDAH

Ini kami kongsikan 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.

1. Lukis kaki anak di atas kertas.

Bubuh kaki anak atas kertas kosong dan lepas tu kita tekapkan saja.

2. Ukur

Bila dah dapat lukisan tu, barulah kita ukur guna pembaris. Kat mana nak ukur?

Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.

3. Tambah 1 cm

Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau!

Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.

3. Rujuk Carta Saiz

Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ni.

Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU.

Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak guna nanti.

Cara Alternatif

Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.

Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.

Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.

Ok mudah kan?

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah mendapatkan saiz kasut anak yang tepat dan selesa.

Jadi lepas ni taklah takut-takut nak beli kasut anak online lagi kan? Jom kongsikan pada semua jika anda rasa ia bermanfaat.

Terima kasih!

Kredit info & gambar: Zuk Zuhaiza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*