Sah Atau Tidak Solat Kalau Bahagian Dalaman Cincin Yang Kita Pakai Tidak Menyentuh Lantai Ketika Sujud? Ini Jawapanya

Sah Atau Tidak Solat Kalau Bahagian Dalaman Cincin Yang Kita Pakai Tidak Menyentuh Lantai Ketika Sujud? Ini Jawapanya

Dalam kehidupan seharian, pasti anda sering mengetahui setiap anggota sujud mesti mengenai tempat sujud ketika solat, jika tidak sujud tidak akan sah dan tidak boleh ‘berlapik’. Menurut riwayat daripada Ibn Abbas R.anhuma;

أُمِرَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلم أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْضَاءٍ، وَلاَ يَكُفَّ شَعَرًا وَلاَ ثَوْبًا: الجَبْهَةِ، وَاليَدَيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَالرِّجْلَيْنِ

Maksud: “Nabi SAW memerintahkan untuk melaksanakan sujud dengan tujuh anggota, serta tidak menahan rambut dan tidak juga pakaian (tahan daripada sujud): Dahi, dua tangan, dua lutut, dan dua kaki.” (Riwayat al-Bukhari, no.809)

Merujuk hadis ini, terdapat tujuh anggota sujud yang perlu diawasi ketika sujud iaitu, dahi, dua telapak tangan, dua lutut dan dua hujung jari kaki. Namun, ramai yang keliru dengan pemakaian cincin ketika solat? Adakah solat sah kerana ia dianggap ‘berlapik’?

Memetik perkongsian Ustaz Azhar Idrus, ia tidak dikira ‘berlapik’ atau ada ‘halangan’ kerana masih ada bahagian tapak tangan yang lain yang kena pada tempat sujud (hanya sebahagian jari yang tersarung cincin sahaja yang tidak terkena sejadah). Malah, kesemua kulit telapak tangan tidak semestinya perlu menyentuh sejadah. Jadi, anda tidak perlu risau dan was-was untuk memakai cincin ketika solat mahu lelaki ataupun perempuan.

Kredit: zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*