Fadilat Surah-Surah Yang Ramai Kita Tak Tahu Antaranya Surah Al-Mulk
Pelbagai cerita yang kita dengar tentang keajaiban surah-surah di dalam Al-Quran. Setiap surah mendatangkan kebaikan tersendiri yang disebut dengan jelas di dalam riwayat-riwayat yang dipercayai.
1. Surah Al-Fatihah Mencegah Baha ya Dan Berupaya Menjadi Penyembuh
Dalam Syarh Riyadhus Solihin (4/ 671), Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin menyatakan ada dua syarat Al Fatihah boleh dijadikan bacaan ruqyah(penyembuh) iaitu:
Pertama, orang yang membacanya mengimani bahawa bacaan tersebut adalah ruqyah yang bermanfaat. Kedua, dibacakan pada orang sakit yang mengimani kalau ruqyah dengan Al Fatihah bermanfaat.
2. Surah Al- Baqarah Mencegah Sya1tan Masuk Ke Dalam Rumah
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perku buran, sesungguhnya sya1tan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim, No. 780)
3. Allah Suka Kepada Orang Yang Membaca Surah Al-Ikhlas
Diceritakan bahawa seorang lelaki yang menyertai perang telah membaca Al-Quran dalam solatnya dan mengakhiri bacaannya dengan Surah Al-Ikhlas. Kisah itu diceritakan oleh sahabat lain kepada Nabi SAW. Apabila ditanya lelaki tersebut, beliau memberitahu bahawa beliau sangat menyukai surah Al-Ikhlas, lalu Rasulullah SAW memaklumkan semula kepada lelaki tersebut bahawa Allah juga sangat menyukai dirinya.
Dari intisari cerita di atas, dapat difahami bahawa orang yang selalu membaca, memahami dan membiasakan diri membaca Surah Al-Fatihah disukai oleh Allah.
4. Surah Al-Mulk Mencegah S3ksa Kvbur
“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, “Barangsiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari s3ksa kvbur. Kami di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari s3ksa kvbur). Dia adalah salah satu surah di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan.” (HR. An Nasai dalam Al Kabir 6/179 dan Al Hakim. Hakim mengatakan bahawa sanad hadis tersebut sahih)
5. Surah Al-Kahfi Mencegah Dari F1tnah D4jjal
Dari Abu Darda’ RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka ia akan terlindungi dari D4jjal.” (HR. Muslim no. 809)
6. Surah Al-Alaq, Surah Ikhlas Dan Surah An-Nas Mendatangkan Keamanan Ketika Tidur (Mencegah Gangguan Syaitan)
Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW apabila akan tidur, beliau meniup di kedua tangannya, membaca surah mu’awwidzaat (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas) lalu mengusapkan kedua tangannya pada tu buhnya.
Dalam riwayat lain oleh Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Nabi SAW apabila menghampiri tempat tidurnya, beliau menyatukan kedua telapak tangannya kemudian meniupnya, lalu membacakan pada keduanya,
“Qul huwallahu ahad, Qul a’udzu birobbil falaq, Qul a’udzu birobbin naas.” Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangannya ke seluruh tu buhnya yang dapat ia jangkau. Beliau mulai dari kepala, wajah, dan bagian depan tubuhnya. Beliau melakukan itu tiga kali.
7. Al – Kauthar Mencegah Dari Haus Di Akhirat
Rasulullah SAW bersabda,
فَإِنَّهُ نَهْرٌ وَعَدَنِيهِ رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ هُوَ حَوْضٌ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ فَيُخْتَلَجُ الْعَبْدُ مِنْهُمْ فَأَقُولُ رَبِّ إِنَّهُ مِنْ أُمَّتِى. فَيَقُولُ مَا تَدْرِى مَا أَحْدَثَتْ بَعْدَكَ
“Al Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabbku ‘azza wa jalla. Sungai tersebut memiliki kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang nanti akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat nanti. Bejana (gelas) di telaga tersebut sejumlah bintang di langit. Namun ada dari sebahagian hamba yang tidak bisa minum dari telaga tersebut. Allah berfirman: Tidakkah engkau tahu bahawa mereka telah berbuat bid’ah sesudahmu.” (HR. Muslim no. 400)
Leave a Reply