Saat Mahu Berhijrah Perbaiki Diri, Jangan Lupa Amalkan Doa Ini Setiap Pagi
Perubahan dan taubat itu mudah. Namun, untuk kekal ke jalanNya itu yang memerlukan perjvangan yang lebih tinggi dan hati yang kental.
Sebab itulah penting bagi kita umat Islam untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar setiap dosa yang dilakukan pada masa lalu sentiasa mendapat keampunan Allah agar ia tidak menjadi penghalng untuk kita melangkah masuk ke taman syurgaNya.
Terdapat sebuah doa yang diajar oleh Baginda SAW untuk meminta keampunan daripada Allah. Ia juga diajar untuk dibaca setiap kali selepas solat kerana pada waktu itulah waktu yang terbaik untuk kita meminta ampunan darinNya.
وَعَنْ أَبِي مُوْسَى رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَدْعُو بِهَذَا الدُّعَاءِ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي جِدِّي وَهَزْلِي، وَخَطَئِي وَعَمْدِي، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِيْ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ علَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Maksud: “Wahai Rabbku, ampunilah kesalahanku, kebod0hanku dan perkara yang telah aku lampaui batas dalam setiap urusanku dan juga apa yang lebih Engkau ketahui daripada diriku. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku (dalam dosa), senda gurauku, kesalahanku, kesengajaanku dan semua yang ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah apa yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan. Apa yang aku rahsiakan dan apa yang diperlihatkan dan apa sahaja yang Engkau lebih mengetahui dari diriku. Engkaulah yang Mendahulukan dan Engkaulah yang Mengakhirkan dan Engkau Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6399)
Semoga kita berubah menjadi insan yang lebih baik. Bertakwa kepada Allah dan jangan kita mudah leka akan sesuatu perkara.
Leave a Reply