Jaga Hati Isteri Dan Beli Jiwa Isteri Adalah Sunnah, Ini Contoh Amalan Rasulullah Sebagai Suami R0mantik

Jaga Hati Isteri Dan Beli Jiwa Isteri Adalah Sunnah, Ini Contoh Amalan Rasulullah Sebagai Suami R0mantik

Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang dijadikan contoh yang terbaik. Tetapi sunnah yang selalu diambil tahu dahulu ialah berpol1gami sedangkan ada banyak lagi perkara yang Nabi Muhammad SAW buat yang lagi elok untuk kita contohi.

Seperti menjadi seorang suami yang menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW sebagai seorang suami.

Baginda berlumba lari dgn Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang (H.R Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy).

Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, jemur, sapu sampah, basuh pinggan dan lain-lain) ketika Baginda berada di rumah (H.R Bukhari).

Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, Baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab Baginda, “Bapanya” (H.R Bukhari).

Tidak pernah memvkul wanita (isteri) dan khadamnya (H.R Muslim). Melayani isteri ketika sakit malah Baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis (H.R Nasaa’iyy).

Adakalanya Baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat (H.R Muslim).

Tetap mengingati kebaikan isteri telah mening gal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cembvru (H.R Bukhari).

Amat r0mantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, Baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa j1jik (H.R Muslim).

Kredit : Zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*