Perut Buncit? Amalkan Jus Mujarab Ini Selama 2 Minggu Inshaallah Akan Nampak Hasilnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Perut Buncit? Amalkan Jus Mujarab Ini Selama 2 Minggu Inshaallah Akan Nampak Hasilnya

Bila dah praktik itu jangan lupa lakukan senaman. Jadi lemak degil yang ada dekat perut buncit itu dapatlah disingkirkan dengan cara terbaik. Mak-mak yang ada masalah perut buncit, sesuai sangat amalkan jus mujarab kempiskan perut dalam 2 minggu ini.

Bahan-bahan alami ini bebas bahan k1mia dan bagus untuk dijadikan sebagai petua cantik dan langsing. Jus alami inilah yang dikongsikan Amoi Jamu a.k.a Amanda Tan. Tapi nak bagi betul-betul berkesan, kenalah ikut aturannya. Apa-apa jenis petua pun kalau mak-mak nak amalkan ada syarat dan aturannya.

Tak boleh main langgar pantang itu. Sebab itulah orang dulu-dulu sihat. Mereka amalkan minuman kesihatan dengan cara yang selamat. Tidaklah dimodified sana, modified sini ikut logik sendiri.

Satu lagi kalau dah amalkan minuman herba begini, kenalah minum air yang banyak ikut sukatan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh. Barulah ia boleh berfungsi menyingkirkan toksin yang tak diingini oleh tubuh.

Kempiskan Perut Buncit Dengan Cara Alami

Bila sebut sahaja bab perut buncit, ramai wanita amat risau bagaimana cara menanganinya secara sihat yakni semula jadi.

Sebagai seorang wanita, sama ada wanita korporat atau suri rumah, kita sering mencari jalan cepat, selamat dan semulajadi untuk dipraktikkan.

Boleh cuba resipi ini secara konsisten untuk seminggu ke dua minggu. Anda akan merasai perbezaannya.

Bahan-bahan:

  • 1 inci Halia bentong atau halia tua saiz ibu jari
  • 4 ulas Bawang putih
  • 1/2 Lemon
  • 1 cawan Air masak 300ml
  • 2 sudu besar Madu

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan semua bahan ikut sukatan. Ini adalah sukatan untuk satu orang. Jika lebih orang, boleh tambahkan sukatan bahan.
  2. Cuci bersih bahan dan potong kecil kecil supaya senang dikisar.
  3. Masukkan halia, bawan putih, setengah lemon dan air ke dalam blender.Blendkan kesemua bahan sampai sebati.
  4. Selesai diblendkan, asingkan jus and hampasnya ke dalam satu cawan.
  5. Gunakan sudu plastik dan tambahkan madu. Kacau rata. Siap diminum.

Khasiat 4 Bahan Utama Dalam Jus Mujarab Kempiskan Perut Buncit

1. Bawang Putih

Bagus untuk menurunkan berat badan, melancarkan peredaran dvrah, mengelakkan terbentuknya sel sel lemak di dalam badan.

2. Halia Bentong

Memecah lemak , membuang angin dan toksin di dalam badan.

3. Lemon

Kaya dengan serat dan vitamin C untuk meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan.

4. Madu

Manisan semula jadi yang membekalkan tenaga.

Jangan Langgar Pantang Sebab Bila Tak Jadi.. Anda Jawablah Sendiri!

Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki.

Nota:

  1. Kenapa sudu plastik? Kerana besi akan merosakkan khasiat madu.
  2. Plastik sudu digunakan untuk mengekalkan khasiat madu. Jangan tambahkan madu ketika mengisar bahan bahan sebab pisau pengisar adalah besi. Ia akan merosakkan khasiat madu.

Tidak digalakkan ditambah ais. Sebab ais menyukarkan proses penghadaman kita lalu menyebabkan perut buncit.

Amat digalakkan untuk menjaga pemakanan kita seperti mengurangkan pengambilan makanan berminyak, goreng atau manisan yang berlebihan jika kita inginkan hasil yang lebih memuaskan.

Setiap amalan harus konsisten dan istiqomah untuk mendatangkan hasil yang bagus dan berpanjangan.

VIDEO :

Sumber : Amanda Tan (Gary Amanda)

Share ilmu ini utk peringatan semua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*