Tanam Sayur Sendiri Hanya Guna Botol Terpakai Tanaman Sihat Dan Terkawal
Mudah dalam proses tanaman di rumah. Kita sendiri tahu penjagaan pokok sayuran kita. Mungkin bebas dari bahan-bahan yang tidak elok. Mudah kata bercucuk tanam sayur ini juga boleh di jadikan hobi serta tumbuhan yang sihat buat kita sekeluarga.
Jadi kepada pembaca akak pesan kalau nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hafizuddin Wahab. Takde halaman pun boleh buat sebab cuma guna botol air mineral 1.5 liter saja, ikut teknik hidroponik.
Boleh praktik ikut perkongsian beliau.
Hidroponik guna botol air mineral saja
Di sini saya kongsi cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter. Untuk medium tanaman gunakan sabut kelapa, sebab sabut kelapa dapat menyerap air dgn baik.
Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah yaaa. Makan sayur yg sihat dari rumah.
1. Ini bahagian utk takung air baja.
Saya cat hitam utk mengelak pertumbuhan lumut.
2. Botol mineral 1.5 liter potong jadi dua bahagian.
Pastikan bahagian bawah utk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di atas utk akarnya keluar.
3. Buat lubang pada penutup botol
Masukkan sumbu. Saay guna kain flanel sebagai sumbu.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja.
Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dgn penutup botol spt gambar di atas. Buat lubang ini adalah untuk elak air terlampau penuh dan pastikan ada pengudaraan, udara tak kedap.
5. Begini sayur yang ditanam ya.
6. Akarnya
Cara siraman
Saya mengamalkan semburan r4cun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu. Alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang & siput b4bi. Kekerapan semburan adalah seminggu skali atau 2 kali seminggu.
Semoga perkongsian yang di sampaikan ini dapat menambah ilmu dalam bidang tanaman sayuran di rumah. Sayuran kita pun segar untuk di makan bersama keluarga.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.
Sumber: Hafizuddin Wahab‎
Leave a Reply