Tukang Masak Kongsi Teknik Yang Betul Sental Periuk Belanga Jadi Kilat Bersih.
Lumrah bila kita kerap memasak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan degil ya amat nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Namun tukang masak ini, ada cara tersendiri dalam memastikan periuk belanga yang digunakan disental setiap 2 minggu sekali dan jadi bersih berkilat! Hanya menggunakan 3 bahan iaitu gosok periuk kasar, gosok periuk halus dan sabun mandi.
Akak pesan nak kongsikan ilmu baru kepada anda semua, perkongsian daripada Puan Tinie Razak ini sebagai rujukan Ibu-ibu diluar sana :
“Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.Semoga bermanfaat untuk semua.”
1. Gosok periuk kasar (scotch brite)
2. Gosok periuk halus (steel wool)
3. Sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)
4. Dan bahan penting Air secukupnya untuk memcuci.
Update:
- Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
- Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen. Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
- Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
- Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
- Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
Semoga post ini membantu ye.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Jangan lupa Follow Saluran Taman Ilmu oleh Akak Pesan
Leave a Reply