Atasi Cara Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam
Pernah terjadi tak sebelum ni kita terkunci dari dalam tanpa sedar kunci sekali ada di dalam. Mesti waktu tu kita tengah buntu cari jalan selesaikan. Kali ini kita ambil tahu sedikit info jika tombol pintu terkunci dari dalam.
Anak masih kecik jika di biarkan bermain dalam bilik sorang-sorang jika dia tertekan tombol kunci tu pun boleh buat ibu rasa panik. Anak pulak menangis dalam bilik. Memang kelam kelabut ibu dibuatnya apatah lagi jika kunci bilik pulak hilang!
Sudahnya mahu tak mahu pintu terpaksalah dipecahkan atau tombol diumpil. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi olehRusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings:
- Keadaan yan sentiasa kunci dan
- Keadaan normal
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Sumber: Rusyaidi Husni Abdul Latib
Leave a Reply