Tip Buah Lebat Dan Tingkatkan Daya Ketahanan Pada Pokok Cili
Permulaan penanaman pokok cili mengambil masa sedikit. Proses penjagaan pokok cili sebenarnya agak rumit kerana pokok cili mudah terkena penya-kit. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Biasanya pokok memang akan hidup cuma masalah yang dihadapi cili tak banyak atau tak lebat dan selain selalu kena serangan serangga.
Kalau nak hasil cili yang lebat selain pokok cili yang ditanam tahan penykit boleh ikut petua yang dikongsi oleh Izham Alias.
Menurutnya pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penykit selain lebat cilinya. Jangan pelik ya sebab bahan utamanya adalah belacan!
Cara buat penggalak tanaman untuk pokok cili
Bahan:
- Belacan – 100g
- Gula molases / gula merah – 100g
- Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
- Kuantiti ini jika pokok cili yang ditanam banyak.
Cara buat:
- Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
- Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
- Peram selama sebulan.
- Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara penggunaan:
- Campurkan 10 mL pati penggalak + 2 L air biasa
- Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
- Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman sayuran lain.
Lepas ni kita dah boleh cuba langkah yang di berikan. Semoga hasil tanaman kita berbuah dengan lebat. Hasil usaha sendiri dapat buah lebat pasti dapat memberi kebahagiaan pada diri sendiri. Kita juga dapat jimat duit. Akak pesan.
Jika anda ska artikel ini sila like, komen dan share.
Terima kasih sudi baca di akak pesan.
Sumber: Izham Alias
Leave a Reply