Tip Mudah Tanaman Kentang Dalam Pasu Hasilnya Buah Banyak

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tip Mudah Tanaman Kentang Dalam Pasu Hasilnya Buah Banyak

Tanaman kentang mungkin ada antara kita pernah cuba tanam namun hasil kurang memuaskan. Kepada ibu-ibu di luar sana jangan risau tanaman kentang ini tidak terlalu susah atau rumit. Boleh ditanam di sekitar rumah. Perlukan ruang sedikit dan cahaya matahari yang cukup pokok hidup sihat.

Macam yang dilakukan oleh Zienie G-nie geram tengok kentang segar hasil tuaiannya. Kalau ada yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian beliau.

Langkah Mudah Proses Tanaman Kentang

1. Ambil kentang, potong separuh. Cucuk lidi pada kentang pada 4 penjuru.

2. Sediakan bekas/ cawan kecil, tuang air separuh bekas. Masukkan kentang yang dipotong bersama lidi dalam cawan. Tujuan lidi dicucuk untuk pastikan kentang tidak tenggelam dalam air. Biarkan terkena sedikit saja untuk hasilkan akar. Tukar air 4 hari sekali.

3. Biar dah berakar dan bertunas, alihkan dalam pasu. Sebaiknya pasu yang tinggi. Letak tanah separuh pasu saja.

4. Masukkan kentang yang dah berakar dalam pasu kemudian tutup dengan tanah. Bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi (saya guna tanah sawit).

5. Semakin meninggi pokok, makin banyak isi. Siram sekali sehari.

Puas hati dapat makan kentang segar macam ni. Sedap pun sedap. Rasa berbaloi dengan apa yang kita usaha sendiri. Dah tahu cara mudah ini lepas ni dah boleh jimat duit untuk membeli kentang di pasar. Jimat duit kita bukan. Akak pesan.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Jika anda suka artikel ini sila komen, like dan share.

Terima kasih sudi baca di akak pesan.

Sumber:Zienie G-nie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*