Resepi Apam Nasi Kukus Lembut & Gebu

Apam nasi kukus lembut dan gebu dihidang bersama kelapa parut – kuih tradisional Melayu yang mudah dan sedap.

Mencari resepi apam nasi yang mudah, lembut dan gebu? Resepi tradisional ini sangat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang bersama keluarga. Apam nasi kukus ini juga sangat menjimatkan kerana hanya menggunakan nasi sejuk dan bahan asas di dapur.

Bahan-bahan Apam Nasi

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2½ cawan air
  • 1½ cawan gula (boleh tambah jika suka lebih manis)
  • 1 paket yis segera (mauripan)

Cara Buat Apam Nasi Kukus

  1. Blender nasi sejuk bersama gula dan 1 cawan air sehingga halus.
  2. Satukan bahan kisar bersama tepung gandum, tepung beras, yis dan baki air. Kacau rata hingga sebati.
  3. Perap adunan selama 1 jam atau sehingga adunan naik dua kali ganda.
  4. Selepas adunan naik, boleh warnakan mengikut warna kegemaran.
  5. Panaskan pengukus dan sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

Cara Hidang Apam Nasi

Apam nasi enak dimakan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Untuk ketahanan lebih lama, kelapa boleh dikukus seketika sebelum dihidang.

Tips Penting Supaya Apam Nasi Menjadi

  • Sapu acuan dengan minyak untuk elak apam melekat, terutamanya acuan baru.
  • Pastikan adunan digaul rata selepas diperap sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elakkan apam berlubang-lubang (berongga).
  • Setiap kali nak tuang ke dalam acuan, gaul semula adunan.

Kenapa Anda Perlu Cuba Resepi Ini?

Apam nasi gebu ini bukan sahaja lembut dan sedap, tetapi juga boleh membantu mengelakkan pembaziran nasi sejuk. Ia juga mesra bajet dan sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda suka kuih tradisional, resepi ini wajib dicuba!

Semoga resepi apam nasi kukus ini memberi manfaat dan menjadi kegemaran keluarga anda. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan!

Sumber: Lily Yana Anwar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*