Tips Kek Karamel Gula Hangus (Kek Sarang Semut) Agar Lebih Menggoda

Kek karamel gula hangus dengan lubang sarang semut yang cantik dan tekstur kenyal.

Assalamualaikum.. hari ini saya nak kongsi beberapa tips penting untuk menghasilkan kek karamel gula hangus atau lebih dikenali sebagai kek sarang semut yang bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai tekstur kenyal dan rupa sarang yang berlubang cantik.

Resepi kek ini boleh guna resepi mana-mana sahaja, tetapi yang paling utama adalah teknik dan cara pembuatan supaya hasilnya nampak menggoda dan rasa pun superb. Tips ini diperoleh dari pembacaan di buku masakan serta sumber Internet.

Tips Penting Membuat Kek Sarang Semut:

    1. Telur jangan dipukul kembang: Kacau sahaja menggunakan senduk hingga telur cair, untuk tekstur kek yang kenyal.
    2. Peram adunan: Biarkan adunan peram selama 3 hingga 4 jam. Lagi lama peram, lagi banyak lubang sarang yang akan terbentuk.
  1. Teknik membakar: Bakar kek menggunakan api bawah sahaja selama 35 minit pertama. Kemudian hidupkan api atas dan teruskan membakar selama 10 minit lagi. Suhu oven antara 165°C hingga 175°C. Uji kek dengan lidi untuk pastikan ia masak sempurna.
  2. Tuang dan perap adunan dalam loyang: Selepas siap mengadun, terus tuang ke dalam loyang pembakar dan biarkan perap. Jangan kacau selepas itu, terus bakar.
  3. Tambah agen pembantu dalam gula hangus: Masukkan sesudu kecil cuka, jus lemon, atau jus oren ke dalam gula hangus yang sudah dicairkan. Ini membantu menghasilkan lubang sarang yang lebih banyak dan jelas.
  4. Warna kek lebih menarik: Tambah setitik pewarna merah dan setitik pewarna kuning ke dalam gula hangus agar kek nampak gelap keemasan. Jaga jangan sampai gula terlalu hangus agar warna kek tidak terlalu gelap.
  5. Teknik memotong kek: Potong kek di tengah, dan potong kek melintang garisan tersebut untuk hasil potongan yang cantik.
  6. Tambahkan baking powder: Letakkan 1 sudu kecil baking powder dalam adunan. Jika menggunakan tepung gandum self-raising, tak perlu tambah baking powder.

Semoga tips ini membantu anda menghasilkan kek karamel gula hangus yang lebih sedap dan cantik. Selamat mencuba!

Sumber: Nuriz Zatiyy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*