Hari ni kami kongsikan satu menu rare dan penuh kenangan dari pantai timur – Nasi Lemak Kukus Sambal Ikan Aya. Dihidangkan pula dengan kangkung celur sebagai sayur sampingan, resepi ni bukan saja sesuai untuk sarapan, tapi juga untuk berniaga atau jamuan keluarga. Jom cuba!
🍚 Resepi Nasi Lemak Kukus
- 4 cawan beras Basmathi + 3 sudu besar beras pulut (rendam 45 minit & toskan)
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 1 biji santan kelapa (anggaran 2 – 2½ cawan)
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- 2 batang kecil kayu manis (optional)
Cara Penyediaan:
- Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam loyang bersama semua bahan di atas.
- Kacau rata. Tambah sedikit air biasa supaya paras cecair melebihi beras sedikit sahaja.
- Kukus selama 30 minit atas air mendidih.
- Kacau & balik-balikkan nasi, biarkan dalam kukusan lagi 10 minit. Tutup api & biarkan nasi rehat 10 minit lagi sebelum dihidang.
🐟 Resepi Sambal Ikan Aya (Tongkol Hitam)
Utama:
- 6 ketul ikan aya – direbus bersama sedikit garam & asam keping, kemudian ketepikan
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 7 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 20 tangkai cili kering – dibuang biji & direbus/rendam air panas
- Belacan (optional)
Bahan Tumis:
- 2 batang serai – diketuk
- 2 helai daun pandan – disimpul
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- ½ keping nise/gula melaka
- Garam, gula & perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan Sambal:
- Panaskan minyak. Tumis serai dan daun pandan hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan hampir kering.
- Tambahkan sedikit air dan teruskan menumis hingga naik minyak sekali lagi.
- Masukkan air kukusan ikan tadi, air asam jawa dan nise. Kacau rata.
- Masukkan ikan aya. Kecilkan api dan biar sambal mendidih perlahan lebih kurang 1 jam supaya sambal pekat dan sebati dengan ikan.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Bila kuah pekat merah gelap dan minyak naik cantik – matikan api.
🥬 Kangkung Celur
- Kangkung – potong dan cuci bersih
- Air mendidih + sedikit garam
- Didihkan air bersama sedikit garam.
- Celur kangkung selama 30-45 saat sahaja supaya masih hijau dan segar.
- Angkat dan toskan air, terus sedia untuk dihidang bersama nasi lemak.
✨ Tips Tambahan:
- Boleh tambah telur rebus, kacang goreng dan timun untuk lengkapkan hidangan.
- Guna beras Basmathi + pulut supaya nasi lebih wangi, berlemak dan berkilat.
- Sambal akan lebih sedap selepas semalaman – sesuai dibuat awal untuk simpan atau berniaga.
Selamat mencuba Nasi Lemak Kukus Sambal Ikan Aya! Memang rare, memang padu! Resepi ni kalau ikut betul-betul – confirm kena dengan selera anak-anak kampung Terengganu ❤️
Kredit: Muliadi Ramli
Leave a Reply