Resepi Talam Western Homemade – Lengkap Chicken Chop, Kuah, Coleslaw & Sihat Tanpa Sos Tin!

Talam western homemade lengkap dengan chicken chop, mashed potato, kuah dan spaghetti – hidangan penuh dalam dulang

Settle berketang-ketung kat dapur harini demi keluarga tercinta! Resepi talam western homemade ni lengkap dari A sampai Z. Dari chicken ball sampai kuah spaghetti – semua buat sendiri tanpa guna sos tin. Jimat, sihat dan paling penting – PUAS makan!

🍗 Ayam Chicken Chop Rangup

  • Bahagian ayam: guna chicken chop (dada/paha)
  • Perap: Tepung Bestari + air (30 minit)
  • Salutan sebelum goreng: 2 senduk tepung Bestari Spicy + 1 senduk tepung gandum + 1 senduk tepung jagung
  • Goreng dalam minyak penuh & api panas (guna kuali kecil untuk hasil rangup)

*Tips: Kalau nak sihat, lepas perap boleh terus masuk airfryer tanpa disalut tepung.

🥔 Mashed Potato Gebu

  • 3 biji kentang – rebus hingga lembut
  • Lenyek dengan ¼ cawan susu kotak (rahsia kentang lembut & creamy)
  • Perasakan dengan garam, lada hitam & lada putih

🍄 Kuah Chicken Chop Ala Prosperty

  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang Holland – potong dadu
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu sos cili + 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu lada hitam tumbuk kasar + 1 sudu kicap
  1. Tumis mentega + bawang Holland hingga naik bau.
  2. Masukkan tepung, kacau sekata.
  3. Masukkan bahan-bahan lain & reneh seketika.
  4. Blend semua bahan & masak lagi hingga kuah pekat.

🍗 Chicken Ball Homemade

  • 2 ketul dada ayam
  • Garam, lada hitam, bawang merah & bawang putih secukupnya
  1. Blend semua bahan, bulatkan doh ayam.
  2. Celur dalam air mendidih sekejap & goreng/masuk airfryer 20 minit.

🥬 Coleslaw Segar

  • Kobis & lobak merah – blender halus atau cincang nipis
  • Gaul dengan mayonis, susu kotak, sedikit gula & jus lemon
  • Sejukkan dalam peti

🍝 Kuah Spaghetti Bolognese Sihat (Tanpa Sos Tin)

  • 5 biji tomato – rebus 10 minit, buang kulit & blend halus
  • 1 biji bawang Holland + 5 ulas bawang putih – potong dadu
  • Minyak zaitun/minyak masak secukupnya
  • Ayam cincang (jika suka)
  • Garam, gula & oregano
  1. Tumis bawang hingga wangi, masukkan ayam (jika guna).
  2. Masukkan puri tomato & reneh hingga pekat.
  3. Perasakan dengan gula, garam & oregano.

🍚 Nasi Goreng Cina

  • 4 ulas bawang putih – cincang & tumis
  • Ayam/udang ikut suka
  • 2 biji telur – buat scrambled kasar
  • 1 sudu sos tiram + 1 sudu sos ikan
  • 3 senduk nasi putih
  • Perasa & garam secukup rasa

✨ Tips & Nota Tambahan:

  • Boleh susun dalam dulang besar (talam) untuk hidangan gaya food court.
  • Chicken chop boleh juga dibakar atau grill jika tak mahu deep fry.
  • Kuah boleh buat lebih, simpan untuk cicah roti keesokan harinya.

Selamat mencuba Talam Western Homemade ni! Confirm anak-anak suka dan boleh ulang-ulang menu ni bila teringin western di rumah 🥰

Kredit: Fa Phong

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*