Resepi Asam Pedas Pari Johor – Wajib Letak Daun Kesum, Baru Padu!

Asam pedas Johor ikan pari pekat berempah dengan bendi dan daun kesum

Orang lain saya tak tahu, tapi kalau suami saya yang masak Asam Pedas Johor, daun kesum tu wajib letak. Katanya kalau tak letak, memang tak menjadi! 🤭 Saya ikut je… tapi lepas dah pandai, saya pula yang ajar orang! Hari ni saya masak Asam Pedas Pari campur Ikan Mayong – kuah pekat, pedas beraroma, memang wajib buat seminggu sekali 😋

🐟 Bahan-bahan:

  • 1 kg Ikan Pari (boleh juga guna ikan kegemaran lain)
  • 20 tangkai cili kering – direbus*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci belacan*
  • 1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
  • 10 tangkai daun kesum
  • 1 batang bunga kantan – dibelah dua (optional)
  • 1 cawan air asam jawa
  • Beberapa biji bendi (ikut selera)
  • Minyak untuk menumis (lebihkan sikit)
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan bahan perasa secukupnya

👩‍🍳 Cara Memasak:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (minyak agak banyak), tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan naik bau wangi.
  3. Masukkan air asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan. Kacau rata.
  4. Masukkan ikan pari, dan tambahkan air. Biarkan kuah agak pekat – jangan terlalu cair ya!
  5. Perasakan dengan garam, gula, dan sedikit serbuk perasa. Renehkan dengan api kecil sampai ikan masak elok.
  6. Akhir sekali, masukkan bendi. Masak sekejap je supaya bendi tak terlalu lembik. Siap untuk dihidang!

🍽️ Tips Tambahan:

  • Kalau tak ada bunga kantan, boleh skip. Tapi daun kesum wajib ada untuk rasa Johor yang sebenar!
  • Kalau guna ikan lain macam ikan mayong, kembung atau tenggiri pun boleh – janji kuah jangan cair.
  • Minyak tumisan tu boleh senduk buang sikit kalau tak nak terlalu berminyak semasa makan.

Selamat mencuba resepi turun suami ni! Kalau menjadi, jangan lupa share & tag akak ya 😍 Untuk resepi kampung padu macam ni, follow blog akakpesan.com 💕

Kredit: Nor Khomariah Norrohman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*