Sotong Goreng Rangup Bawang Putih dengan Telur Masin

Sotong goreng rangup bersama tumisan bawang putih, cili api merah dan pes telur masin yang sedap dan beraroma

Sotong goreng rangup dengan bawang putih dan telur masin adalah hidangan yang sangat digemari kerana gabungan rasa yang kaya dan tekstur yang rangup. Resepi ini cukup ringkas tetapi sangat sedap, paling sesuai dimakan bersama nasi putih panas. Perapan sotong dengan bawang putih dan halia memberi aroma yang harum, manakala pes telur masin memberikan rasa unik dan lezat pada hidangan ini.

Bahan Perapan:

  • 300-350g sotong, bersihkan dan potong
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil halia dan pes bawang putih
  • 1/2 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Nota: Perap sotong bersama bahan-bahan di atas dan simpan dalam peti sejuk selama 15-30 minit agar perapan meresap sempurna.

Salutan dan Goreng:

  • 1 cawan tepung goreng (bestari)

Salutkan sotong yang telah diperap dengan tepung goreng hingga rata. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng sotong hingga rangup dan berwarna keemasan. Ketepikan.

Bahan Tumis:

  • 4 ulas bawang putih, dihiris
  • 4 biji cili api merah, dihiris
  • 1 paket pes kuning telur masin segera (120g)
  • 2-3 helai daun kari
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil minyak

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali hingga mentega cair.
  2. Masukkan bawang putih dan tumis selama satu minit hingga naik bau harum.
  3. Masukkan daun kari dan cili api, tumis sehingga naik bau.
  4. Tambah pes telur masin dan tumis dengan api sederhana sehingga pes berbuih.
  5. Masukkan sotong goreng ke dalam kuali dan kacau rata hingga semua bahan sebati.
  6. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih.

Selamat mencuba resepi sotong goreng rangup bawang putih dengan telur masin yang mudah dan lazat ini!

Sumber: Rajeswarhy Murugan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*