Resepi Rendang Ayam Mudah & Sedap – Sesuai Untuk Pemula

Rendang ayam tradisional berempah pekat dimasak bersama santan, daun kunyit dan limau purut.

Jika anda belum pernah masak Rendang di rumah, boleh cuba resepi Rendang Ayam ini. Cara memasaknya yang ringkas dan mudah sangat sesuai untuk yang baru belajar masak.

Rendang merupakan hidangan tradisional Melayu yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia. Kebiasaannya dimasak menggunakan daging, namun versi ayam juga tak kurang sedapnya. Lebih cepat masak dan tetap penuh rasa!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hajar Mohd dan telah menarik perhatian ramai kerana mudah diikuti. Jom cuba!

Bahan-Bahan Rendang Ayam

Bahan Utama:

  • 1 ekor ayam – dipotong dan dibersihkan
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik (jika ada)
  • 1 atau 2 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit – diracik halus
  • 3 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 15–20 biji cili kering – rebus dan toskan
  • 3 biji bawang merah
  • 3 batang serai
  • 9 ulas bawang putih
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 1 atau 2 biji bawang besar
  • 3 inci lengkuas

Cara Memasak Rendang Ayam

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, kacau dan masak hingga ayam kecut dan sebati dengan rempah.
  3. Masukkan asam keping, kacau dan tutup kuali seketika.
  4. Tambahkan santan dan daun limau purut. Kacau rata dan masak sehingga kuah menjadi sedikit kering.
  5. Perasakan dengan gula melaka (jika suka), garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang diracik. Jika suka rendang yang berkuah, boleh tambahkan sedikit air.

Siap untuk dihidang! Rendang Ayam ini sangat sesuai dimakan bersama nasi putih panas, nasi impit, lemang atau ketupat.

Tak perlu tunggu Hari Raya untuk masak rendang – boleh masak bila-bila masa untuk keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Sumber: Hajar Mohd (Facebook)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*