Cara Buat Meehoon Taucu Style Ibu, Sedapnya Anak Berulang-Ulang Makan

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Buat Meehoon Taucu Style Ibu, Sedapnya Anak Berulang-Ulang Makan

Jika kita tanya pada seseorang, masakan siapa paling sedap makan jawabnya masakan ibu. Begitulah ajaibnya sentuh ‘air tangan ibu ini’.

Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan “air tangan”. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Inilah kenangan indah yang dilakukan oleh seorang ibu melalui setiap masakan yang dimasaknya. Oleh sebab itu setiap orang mempunyai kenangan indah ini. Perkongisan resepi meehoon taucu oleh Puan Siti Zanariah Khalit ini bukan sahaja berkongsi resepi yang jarang diketahui oleh kebanyakkan daripada kita malah membawa kita mengimbau kenangan-kenangan indah bersama insan yang bergelar ibu.

Mari ikuti perkongisan resepi dan kenangan beliau di bawah ini.

RESEPI MEEHOON TAUCHU YANG PENUH KENANGAN

Rindu emak. Cuti sekolah ni saya belum berkesempatan balik ke rumah emak abah. Kerana rindu saya masak meehon taucu hari ini. Antara kegemaran kami adik beradik. Setiap kali kami balik emak akan masak makanan kegemaran kami. Tapi tu dulu. Sekarang emak dah tua. Nak berjalan pun dah tak larat. Ke mana-mana mak guna wheelchair. Maka setiap kali balik, kami masak siap² dari rumah kami untuk dibawa ke rumah emak supaya tak terkocoh-koncoh.

Di zaman mudanya emak suka ke kelas-kelas masakan. Hobinya memasak. Kek ulang tahun kami pun emak yang buat. Waktu tu rasa bangga bila bawa kek ke sekolah untuk dimakan bersama kawan-kawan…

“emak saya pandai buat kek krim” . Bangga.

Sekarang ni, meehoon taucu menjadi kegemaran anak-anak saya. Setiap kali saya masak mereka makan berulang-ulang. Sama macam saya dan adik-adik saya dulu.

Resepi saya sertakan dibawah. Doakan emak dan abah saya diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani hari tua mereka.

BAHAN-BAHAN :

  • Meehon – dicelur
  • Air asam jawa
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Air
  • Minyak masak

BAHAN TUMIS A :

  • 30 biji cili kering – celur/rendam dengan air panas
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih

Kisar bahan A

BAHAN TUMIS B :

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • ½ botol taucu cap jalen (buang airnya)

Kisar ikan bilis dengan sedikit air jangan sampai terlalu halus. Kemudian masuk kan separuh dari taucu. Kisar sekejap saja. Separuh lagi tak perlu dikisar supaya masih ada butir-butir taucu.

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Tumis bahan A. Bila sudah terbit minyak, masukkan bahan B.

2. Biarkan sebati kemudian masukkan air asam, sedikit gula dan serbuk perasa. Saya tak menggunakan garam sebab ikan bilis dan taucu dah cukup masin.

3. Masukkan air mengikut kepekatan yang kita mahu. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Agak-agak saja.

4. Biarkan mendidih.

SIAP UNTUK DIHIDANGKAN

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Siti Zanariah Khalit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*