Cara Buat Kek Pandan Kampung Guna Dapur Gas. Hasilnya Gebu & Sedap
Kek pandan kampung antara kek yang mudah dan ringkas disediakan. Tidak perlu deco aising, hasilnya tetap nampak eksklusif. Rasa dan aromanya juga menyamankan sehingga membawa mengimbau nostalgia dikanpung halaman. Sangat sesuai dihidangkan tanpa kira masa dan keadaan.
Menariknya perkongsian resepi kek pandan kampung oleh Azrina Rina ini tidak bakar menggunakan oven tetapi menggunakan dapur gas. Hasil dan rasanya juga sama seperti bakar menggunakan oven. Jika anda tiada oven dirumah anda boleh juga memasak menggunakan dapur gas.
Jom lihat cara-cara memasak yang telah dikongsikan Azrina Rina di bawah ini.
RESEPI KEK PANDAN KAMPUNG
Kek pandan kampungg sahaja Saya bakar guna dapur gas, Alhamdulillah menjadi. Abaikan yang berkerak sikit tu ye. Ini resepinya
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur gred B
- 1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
- 1sb ovelate
- 1/2 cawan santan pekat kara
- Sedikit pewarn hijau epal
- Sedikit perisa pandan
- 1 1/2 cawan gandum (diayak)
- 1 sk baking powder (diayak)
- 1/2 cawan tepung jagung (diayak)
- 200G unsalted butter lurpark dicairkan (saya guna buttercup)
CARA-CARA MEMASAK :
1. Sediakan satu bekas, masukkan semua bahan-bahan (kecuali butter). Pukul sehingga gebu menggunakan mixer.
2. Kemudian cairkan butter (suam) dan masukkan kedalam adunan. Gaul sehingga sebati menggunakan senduk. Selesai gaul, tuangkan adunan ke dalam loyang.
3. Lapik periuk menggunakan pelabik besi, kemudian letakkan loyang kek di atasnya.
4. Bakar dengan api kecil selama 45 minit. (Jangan letak air dalam periuk ye, nanti jadi kek kukus pulak)
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN
Sumber/Foto : Azrina Rina
Leave a Reply