Susah Nak Jumpa Vadai Donut? Buat Sendiri Ikut Resipi Ini
Lama tak makan VADAI, susah nak jumpa orang jual vadai. Bahannya mudah saja tapi cara buatnya agak mencabar ckit nak jadikan bentuk macam donut dengan adunan yang melekat dan lembik.
Vadai sedap dimakan masa panas-panas , ranggup diluar dan lembut di dalam. Dah sejuk pon masih lembut. Klaau buat banyak boleh frozen, pastu panaskan guna air fryer je.
RESEPI CARA BUAT VADAI
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan /250g kacang ulunthu
- 1 Sudu besar jintan manis
- 1 Sudu besar tepung beras
- 1 Sudu teh baking soda
- 1 biji bawang merah
- 2 biji Cili hijau
- 2 biji Cili kering
- Daun kari
- Garam secukup rasa
CARA-CARA :
1. Basuh dan rendam ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
2. Toskan air dan kisar ulunthu dengan sedikit air sehingga halus.( Jangan banyak air nanti susah nak bentukkan )
3. Bila kacang ulunthu halus masukkan jintan manis kisar sekejap.
4. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk , masukkan tepung beras dan baking soda. Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara tu bolehlah Potong bawang merah , cili dan daun kari kecil-kecil.
5. Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
- Jika adunan cair boleh tambah tepung beras.
- Goreng dengan api sederhana.
6. Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk VADAI menjadi bentuk donut. Cara membentuk boleh lihat gambar di bawah.
STEP BY STEP
Celup tagan dalam air, ambil sedikit adunan letak membulat di atas tapak tangan @ daun pisang
Celup jari telunjuk dlm air, buat lubang di tengah adunan
Terbalikkan adunan tadi di atas jari tangan kanan
Masukkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan
Tunggu sehingga vadai timbul dan keperangan baru terbalikkan, jika terbalikkan semasa masih lembut bentuknya akan rosak
Goreng hingga keperangan, dgn api sederhana, jika guna api besar , bahagian luar masak dalam masih belum masak, akan rasa ulunthu mentah.
Angkat, toskan minyak
SIAP UNTUK DIHIDANG
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Nur Masri
Leave a Reply