Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam Untuk Kembalikan Selera & Panaskan Badan Ketika Tidak Sihat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam Untuk Kembalikan Selera & Panaskan Badan Ketika Tidak Sihat

Bila tidak sihat selera makan pun kurang jadi ada hidangan-hidangan tertentu yang boleh kita sediakan untuk kembalikan selera seterusnya panaskan semula badan dan perut untuk kembalikan tenaga supaya lebih bermaya.

Maka antara hidangan yang sesuai dihidangankan kepada orang yang kurang sihat antaranya Sup Ayam Halia Lada Hitam. Resepi perkongsian Lin Zalika ini sangat sesuai digunakan untuk menyediakan hidangan ini. Mudah dan ringkas.

Jom kita ikuti perkongsian dibawah.

SUP AYAM HALIA LADA HITAM

Untuk panas kan badan dan perut sesuai untuk orang tak sihat.

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam – dipotong dan dibersihkan
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 sdb lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sdb gula
  • Garam secukupnya

CARA-CARA MEMASAK

1. Masakkan air sehingga panas.

2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam.

3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula.

4. Tutup & biarkan ia masak.

5. Masukkan bawang putih & daun bawang.

Siap untuk dihidang. Kalau tak nak makan nasi, masih boleh makan sup ni begitu saja. Nak diet lah katakan.

Apa saja jenis hidangan bersup lebih sesuai dihidang dan dimakan waktu malam. Cuaca malamkan agak sejuk, sesuailah dengan hidangan bersup.

Selamat mencuba.

Sumber/ Foto :Lin Zalika

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*