Terung Goreng Bertuna, Sedap Sampai Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Terung Goreng Bertuna, Sedap Sampai Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin

Terung merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis resepi masakkan terung tersedia. Antaranya terung sambal, bakar dan goreng. Dengan rasa yang enak dan mudah disediakan, ia tentu menjadi kegemaran ramai orang.

Kadang-kadang kita tak perlu bersusah payah dengan resipi yang panjang berjela untuk menikmati sesuatu masakan enak bersama keluarga, mudah pun sedap juga seperti resepi telur goreng bertuna yang dikongsikan oleh Puan Cik Sue Zakaria.

Penangan terung goreng bertuna ini bukan calang-calang. Belum sempat makan bersama nasi, terung goreng bertuna ini habis licin dibuatnya, laku keras. Nak tahu macam mana cara nak hasilkan Terung Goreng Bertuna Rangup ini? Jom kita lihat perkongsian oleh Puan Cik Sue Zakaria ini.

TERUNG GORENG BERTUNA

Ya Allah pergi pasar kebetulan jumpa plak terung haluih macam peha burung puyuh ni..punya geram terbeli jugak lah ciksue pun.. sebab cute sangat

Maka tergoreng lah haaa terung ni makan dengan sos macam tu je..tak dan nak makan dengan nasi nak oiii dah habis ngap pun.

BAHAN-BAHAN :

  • Tepung bestari yang pedas
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Lada sulah

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Kacau tepung tadi agak-agak pekat je. Jangan cair sangat ye.

2. Sumbat terung yang dah dibelah dua dengan tuna. Sebarang tuna pun tak apa.

3. Celup lah peha burung puyuh ni dalam tepung yang dah di bancuh tadi.

4. Panaskan minyak dan goreng.

5. Siap. Sedapnya. Boleh cicah sos dan mayonis sekali.

Ringkas dan mudah sahaja. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Cik Sue Zakaria

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*