Ringkas, Guna 2 Bahan Je Inti Sandwich Telur Ni, Rasanya Sungguh Sedap. Anak-Anak Pasti Suka
Sandwich Telur antara menu ringkas yang paling mudah untuk disediakan di waktu sarapan pagi atau minum petang. Sangat sesuai desediakan untuk bekalan sarapan kita mahupun anak-anak ke sekolah juga.
Maka jika ada penggemar Roti Sandwich, anda boleh cuba menu ringkas ini perkongsian Puan Roha Adrinna ini. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Guna dua bahan sahaja.
RESEPI SANDWICH TELUR MUDAH, INTINYA HANYA GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN :
- Roti sandwich
- Telur
- Mayones
- Lada sulah – jika suka
- Garam @ perasa – jika perlu
CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.
2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.
4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing.
5. Gaul inti hingga sebati.
6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu.
7. Sandwic Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.
NAK LAGI SEDAP TAMBAH 1 SUDU SUSU PEKAT DALAM ADUNAN TELUR
Menu ringkas dan mudah yang boleh disediakan untuk ahli keluarga. Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Roha Adrinna
Leave a Reply