Resepi Portuguese Toast Ala Harold’s Bread, Buat Sendiri Boleh ‘Adjust’ Rasa Manis

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Portuguese Toast Ala Harold’s Bread, Buat Sendiri Boleh ‘Adjust’ Rasa Manis

Jika anda biasa singgah di Harold’s Bread pasti anda akan rambang mata kan kerana banyak pilihan roti serta pencuci mulut yang mengiurkan dipamerkan buat pengunjung untuk dibeli.

Antara top seller di kedai ini adalah Portuguese Toast. Tapi mungkin roti ini terlalu manis buat sesetengah orang. Jika anda ingin merasai kesedapan Portuguese Toast Harold’s Bread ini, anda boleh mengikuti perkongian oleh Ju Zue ini.

Menarikanya selain mudah dibuat sendiri, resepi perkongsian Ju Zue ini membolehkan anda mengubah suai tahap kemanisan mengikut tekak masing-masing. Sangat sedap dan berkrim!

RESEPI PORTUGUESE TOAST HAROLD’S BREAD

Menu breakfast… Minum petang pn boleh..

Portugese toast…

Selalu kalau nampak harolds bread ska sangat beli.

Sebab sedap, Kali ni kita buat sendiri. Rasa creamy yummy-yummy macamtu.

Lepas ni buat sendiri je la senang boleh adjust rasa manis apa semua sendiri

BAHAN-BAHAN :

  • Roti gardenia putih@roti benggali (boleh potong ikut tebal kita nak) 2 keping.
  • Cheesedale – 2 keping
  • Susu segar (sukatan saya main agak-agak je . Beli kotak kecik pn dh cukup)
  • Gula (saya guna gula perang) – letak ikut manis kita suka. Saya letak dalam satu sudu besar paras-paras je.
  • Sedikit butter dalam satu sudu.

Bahan-bahan boleh adjust ikut kesukaan.Nak manis ke, nak cheese lebih ke. Ikut selera masing-masing.

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Pertama sekali masukkan butter, susu, cheese dan gula. Kacau rata dan masak atas api yang kecil sehingga cair dan pekat (jangan terlalu pekat).Tutup api. Sapu atas roti tadi.

2. Masukkan dalam oven dan bakar sehingga bahagian atas menjadi sedikit warna brown.

3. Aggaran masa dalam 7 hingga 10 minit pada suhu 160℃ menggunakan api atas bawah.

4. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ju Zue

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*