Rasa Nak Makan Loaded Potato Bowl Ikut Resepi Ni Confirm Menjadi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rasa Nak Makan Loaded Potato Bowl Ikut Resepi Ni Confirm Menjadi

Rasanya lepas ni dah takyah susah-susah nak ke drive thru sebab nak beli makanan ni. Sebab dah tahu resepi dia cam mana hehehe.

Jika anda rindu nak makan loaded potato bowl ni, buat je sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Tyra Manan ini. Confirm menjadi!

LOADED POTATO BOWL ALA KFC

BAHAN MASHED POTATO

  • Kentang – 1kg
  • Butter – 100g (potong dadu)
  • Whipping cream – 100ml
  • Air – 50ml (ni bukan untuk rebus kentang tau)
  • Black pepper
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA :

Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Lepastu campurkan je semua bahan, gaul sampai butter tu cair.

Jangan risau! Rasa dia siyes sedap okies.

BAHAN AYAM :

  • Ayam dada – Potong dadu
  • Tepung bestari

CARA-CARA :

Bancuh tepung dengan air lepastu goreng la dalam minyak panas.

BAHAN TOPPING

  • Jagung rebus
  • Cheese yang dibancuh dengan air panas
  • Mayonis

Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit.

CARA NAK LETAK DALAM BOWL :

Tyra buat layer-layer tapi kalau korang ikut la nak buat macam mana.

Memula letak mashed potato tu pastu letak sos cheese & mayonis pastu letak lagi potato & ulang step tadi ikut korang nak berapa layer. Last sekali baru letak jagung, ayam goreng & curahkan sos cheese dengan mayonis.

Ok settle dah boleh makan!

Sumber/Foto : Tyra Manan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*